Krisis Air Di Sandakan: Vivian Gerakkan Sukarelawan Dan Bekerjasama Dengan Agensi

whatsapp image 2025 09 17 at 5.24.08 pm
Krisis bekalan air di Sandakan sejak Sabtu lalu membongkar cabaran sebenar yang dihadapi masyarakat apabila infrastruktur asas terganggu.
Loji Rawatan Air Segaliud lumpuh akibat gangguan bekalan elektrik dan kerosakan genset, sekali gus menjejaskan kehidupan ribuan penduduk. Dalam keadaan sebegini, rakyat tidak perlukan polemik, tetapi tindakan nyata yang memberi kesan segera.
Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee, tampil menggerakkan sukarelawan, mengatur lori tangki, dan memastikan agihan air berterusan. Bantuan agihan air bersih melalui lori tangki diusahakan hingga lewat malam, bahkan sampai jam 2.00 pagi.
Air mineral turut diagihkan untuk kegunaan harian, sementara Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) bersama pasukan sukarelawan dan agensi lain memastikan Hospital Duchess of Kent supaya operasi kesihatan tidak lumpuh.
Ini bukan usaha kecil, tetapi kerja berpasukan yang digerakkan oleh kepimpinan yang cekap dan bertanggungjawab.
Pendekatan kolektif ini membuktikan perpaduan masyarakat Sandakan, dari sukarelawan pelbagai bangsa dan umur, hinggalah agensi Kerajaan. Semua berganding bahu.
Selain itu, Saudari Vivian juga telah membantu memudahcara urusan tentang isu pengisian minyak diesel di genset Loji Segaliudnyang diselaraskan dngan pihak JANS.
Hakikatnya, krisis ini memperlihatkan bagaimana kepimpinan yang memudahcara, menyelaras dan memastikan tindakan pantas jauh lebih bermakna daripada sekadar berdebat siapa berbuat apa.
Sandakan memerlukan penyelesaian, bukan sensasi. Di tengah krisis, rakyat lebih menghargai pemimpin yang turun padang dan mencari jalan keluar berbanding mereka yang hanya menambah bising di ruang maya.
Di saat inilah rakyat menilai siapa benar-benar bekerja dan siapa hanya bersandiwara. Sandakan sudah jelas jawapannya.

Recommended Posts