DAPSY Damansara berpeluang untuk bertemu dengan YB Steven Sim (Menteri Sumber Manusia) di pejabat beliau ketika membuat kunjungan hormat di Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) semalam. Pertemuan ini telah dianjurkan oleh YB Michelle Ng, Biro Dasar Awam DAPSY Malaysia.
Dalam kunjungan hormat tersebut, YB Menteri telah berkongsi mengenai dasar-dasar semasa dan hala tuju kementerian. Kami juga diberikan peluang untuk bertanya soalan secara langsung kepada beliau.
Fun fact: Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, KESUMA bermaksud bunga!