Laporan Palsu Ketua Pemuda Bersatu Bukti Kejahilannya Tentang Hal Kewangan & Percukaian Negara

waf

Pengerusi kebangsaan DAP, Lim Guan Eng mengingatkan Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayshal bahawa membuat laporan polis palsu merupakan kesalahan jenayah di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, Ketua Permuda Bersatu itu menunjukkan kejahilan dan kedangkalan pengetahuannya tentang hal ekonomi, kewangan atau percukaian apabila seksyen 44(6B) merujuk kepada rayuan kepada Menteri dan bukannya Menteri yang memulakan pembatalan status dikecualikan cukai.

Sebelum ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim di dalam parlimen telah menjelaskan bahawa melaui rekod dengan Kementerian Kewangan menunjukkan bahawa dirinya sebagai Menteri Kewangan dari Mei 2018 hingga Februari 2020, tidak pernah membatalkan status pengecualian cukai Yayasan Albukhary.

Kenyataan ini disokong lagi apabila bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin gagal mengemukakan sebarang bukti atau menunjukkan surat pembatalan daripada Lim Guan Eng semasa beliau menjadi Menteri Kewangan.

Beliau menegur Ketua Pemuda Bersatu itu agar beliau sepatutnya memujuk Muhyiddin untuk mengeluarkan sebarang bukti surat pembatalan oleh dirinnya kepada Yayasan Albukhary. Jika Muhyiddin gagal berbuat demikian, maka kedua-dua Muhyiddin dan Wan Fayhsal membuat dakwaan kosong yang tidak berasas dan palsu.

Recommended Posts