Projek Lebuhraya Pan Island Link 1 (PIL1) bakal menawarkan penyelesaian bagi kesesakan jalan yang teruk. PIL1 akan berfungsi sebagai jalan pintasan strategik yang akan menghubungkan rangkaian pengangkutan yang lebih luas dan pada masa yang sama menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyokong kepentingan pembangunan dan pemuliharaan infrastruktur negeri untuk masa depan 🛣🛣
Jelas EXCO Infrastruktur, Pengangkutan dan Pembangunan Negeri Zairil Khir Johari, “Pembangunan bandar Pulau Pinang yang pesat terutama pengembangan ke arah selatan dari George Town, telah melebihi keupayaan rangkaian jalan sedia ada. Penyelesaiannya adalah dengan membina Jalan Lingkaran Luar seperti PIL1, yang akan dibina secara strategik di luar kawasan pembangunan padat George Town bagi mengalihkan trafik dan mengurangkan kesesakan dengan lebih berkesan.” 🏝🏝