Lima perkara utama lawatan PM Anwar ke New York

limaperkaraanwar

Rabu lepas 20 September 2023 Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama isteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah bersama delegasi dari Malaysia berlepas ke New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) yang ke-78.

anwarny 1
YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika tiba di Lapangan Terbang Westchester County bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 di New York, Amerika Syarikat pada 20 September 2023. – AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri

“Dalam perhimpunan bersama pemimpin dunia ini, saya antara lain akan kongsikan usaha Malaysia dalam menangani krisis iklim bagi mencapai Agenda 2030, hala tuju negara di bawah kerangka Malaysia MADANI, serta beberapa isu global yang lain,” jelas Anwar ketika ditanya.

Berikut adalah lima perkara penting yang berlaku ketika lawatan PM Anwar ke New York.

Bertemu pemimpin-pemimpin negara sahabat

Pada hari pertama PM Anwar di New York, beliau mengadakan pertemuan bersama para pemimpin negara sahabat termasuk Presiden Türkiye Recep Tayyip Erdoğan, Presiden Iran Seyed Ebrahim Raisi, dan Presiden Sri Lanka Ranil Wickremesinghe. 

anwarerdogan
NEW YORK, 20 Sept — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) bersama Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan ketika mengadakan pertemuan dua hala sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 hari ini. – fotoBERNAMA HAK CIPTA TERPELIHARA

Dalam pertemuan terbabit, PM Anwar bersama pemimpin negara sahabat membincangkan kerjasama dan hubungan dua hala melalui usaha perdagangan dan pelaburan serta menerokai peluang baharu untuk menambahkan manfaat dan kelangsungan ekonomi Malaysia.

anwarseyed
YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan bersama Presiden Iran, TYT Seyed Ebrahim Raisi sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 di New York, Amerika Syarikat pada 20 September 2023. – AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri

Bertemu pelabur gergasi

Usaha Perdana Menteri untuk menarik pelaburan luar diteruskan dalam lawatan beliau ke New York melalui pertemuan dengan empat syarikat gergasi iaitu Google, Boeing, Medtronic, dan Siemens Healthineers.

Dalam perbincangan berasingan itu, keempat-empat syarikat tersebut menyatakan hasrat untuk mengembangkan operasi dan perniagaan mereka di Malaysia. 

anwarpelabur

“Kerajaan Perpaduan juga akan memudahcara serta menggalak pelaburan dalam memastikan Malaysia terus menjadi destinasi pelaburan pilihan di rantau Asia Tenggara.” kata Anwar ketika di New York.

Bertemu cendekiawan antarabangsa

Perdana Menteri turut bertemu dengan ahli ekonomi terkenal Professor Joseph Stiglitz daripada Columbia University yang merupakan pemenang Anugerah Nobel dalam bidang ekonomi.

Dalam perbincangan mereka, Anwar dan Prof. Stiglitz bertukar pandangan tentang pemberian peluang yang lebih saksama kepada negara yang mempunyai keperluan ekonomi dalam persekitaran ekonomi dunia yang mencabar hari ini.

anwarstiglitzz
YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Ahli Ekonomi Terkenal Profesor Joseph Stiglitz di New York, Amerika Syarikat pada 21 September 2023. – AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri

“Kami turut berbincang mengenai langkah dan kaedah yang boleh dilaksanakan untuk meningkat pendapatan dan membasmi kemiskinan dan dalam masa yang sama memastikan kemampanan,” terang Anwar.

“Pendidikan yang lebih menyeluruh perlu diberi tumpuan, demi membina jati diri dan sahsiah generasi masa hadapan.”

Melantun hasrat negara di persada dunia

Dalam ucapan Pernyataan Negara pada UNGA ke-78, Perdana Menteri telah membentangkan pelan hala tuju negara di bawah kerangka Malaysia Madani di samping menyentuh usaha yang memberi impak terhadap isu-isu global.

anwarberucap

Melalui teras dan prinsip Malaysia Madani, Anwar menjamin komitmen menyeluruh Malaysia terhadap usaha-usaha yang dilaksanakan oleh PBB termasuk negara-negara bersekutu.

Selain berkongsi hasrat beliau untuk masa hadapan Malaysia, Anwar juga mengambil peluang di atas pentas dunia untuk menyentuh beberapa isu global yang masih hangat dibincangkan.

anwarberucap2
YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 di Ibu Pejabat PBB New York, Amerika Syarikat pada 22 September 2023. – AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri

Antara topik yang disentuh oleh beliau termasuk kebimbangan beliau terhadap kuasa dunia besar yang ingin mengenepikan peranan PBB, konflik di Ukraine yang seolah-olah tiada jalan penyelesaian, pencabulan hak asasi di Palestine, Islamophobia, isu kemanusiaan di Afghanistan akibat bencana alam, dan ketidakstabilan dan keganasan yang masih berlaku di Myanmar.

anwarberucap3
YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 di Ibu Pejabat PBB New York, Amerika Syarikat pada 22 September 2023. – AFIQ HAMBALI/Pejabat Perdana Menteri

“Dunia dan masa depan kita terletak kepada apa yang kita bayangkan. Malaysia percaya kita boleh mencapainya melalui kepercayaan dan multilateralisme, PBB adalah sebuah kapal yang akan membawa dunia kepada masa depan yang lebih cerah, daripada ketidakpastian kepada keyakinan, dan daripada kelemahan kepada daya tahan.” 

Penyampaian khutbah Jumaat di New York

Ketika menyampaikan khutbah Jumaat di Islamic Cultural Centre of New York, Anwar juga sempat berkongsi pengalaman Malaysia dalam mentadbir masyarakat berbilang kaum dan agama. 

anwarkhutbah 1

“Kami sentiasa cuba menggalakkan persefahaman, tolak ansur, dan keperluan untuk memahami budaya dan agama orang lain. Ini penting bagi kami untuk hidup rukun, damai, dan harmoni,” kata Anwar di hadapan lebih 800 jemaah di masjid itu.

Sebelum berangkat, beliau juga sempat menyampaikan sumbangan Al-Quran daripada pihak kerajaan kepada masjid tersebut.

Recommended Posts