Majlis Anugerah Biasiswa Undang-undang Karpal Singh berlangsung dengan jayanya!

458560373 1068581024632753 5126635881247608966 n

Hari ini sejarah menyaksikan buat pertama kalinya Majlis Anugerah Biasiswa Undang-undang Karpal Singh dianjurkan oleh DAP Malaysia.

Majlis ini menyambut dan meraikan 10 penerima biasiswa yang telah dianugerahkan cek bernilai RM20,000 setiap seorang. Setelah menerima hampir 400 pemohon dan beberapa bulan pertimbangan dilakukan, akhirnya panel pemilihan telah memilih 10 penerima yang layak untuk mendapat biasiswa ini bagi meneruskan pelajaran dalam Jurusan Undang-undang.

Semua penerima terdiri daripada latarbelakang yang berbeza, ada yang dari Kelantan, Sabah & Sarawak, ada juga yang belajar di institut swasta mahupun kerajaan. Namun, harapan bagi semua adalah sama iaitu untuk menyambung legasi Mendiang Karpal Singh dan menggunakan peluang ini sebagai suntikan semangat untuk berkhidmat kepada masyarakat.

Setinggi penghargaan buat Setiausaha Agung DAP Sdr Anthony Loke Siew Fook, Tan Sri Dato’ Seri Utama Lim Kit Siang, Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP Sdr Gobind Singh Deo, Professor Tajuddin Rasdi, Sdr Syahredzan Johan, Sdri Young Syefura Othman dan Sdri Michelle Ng Mei Sze 黄美诗 yang turut hadir.

458459166 1068584827965706 8090954830350516159 n

458538799 1068580537966135 7040131880598693767 n

458322644 1068585474632308 7254968512751809407 n

458445343 1068585551298967 4424955517959661385 n

Tahniah dan selamat maju jaya kepada semua penerima!

Recommended Posts