Malaysia nampaknya tidak ketinggalan dalam mengikuti jejak langkah negara-negara besar seperti China dan Jerman yang sedang menguji pengangkutan awam swapandu yang bakal mencorak masa depan sistem pengangkutan awam di negara ini.🚎🚎🚎
Semalam, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Menteri Digital, Gobind Singh sempat menyaksikan sendiri Demonstrasi Kes Penggunaan 5G berkaitan Bas Swapandu hasil kerjasama Digital Nasional Berhad (DNB), eMooVit, dan Ericsson ini.
Dalam pemerhatian tersebut, sistem pengangkutan awam swapandu ini berupaya mengesan trafik, pengguna jalan yang lain dan halangan di persekitaran — melalui gabungan sensor, kamera, dan LiDAR (Light Detection and Ranging). Ia juga dapat menjamin perjalanan yang lebih selamat dengan memanfaatkan data masa nyata menerusi algoritma AI, mengoptimakan laluan dan mengurangkan kesesakan lalu lintas, mengurangkan tempoh masa respon terhadap sebarang bentuk ancaman, dan menambah baik pengalaman para penumpang secara keseluruhan.☝🏻☝🏻☝🏻
Bagaimanapun setakat ini, tiada sebarang garis masa ditetapkan untuk meminda apa-apa undang-undang berkaitan dengan pengoperasian bas tanpa pemandu kerana bas tanpa pemandu ini masih lagi dalam fasa ujian Proof of Concept (POC) yang telah diluluskan oleh Kementerian Pengangkutan (MOT), dengan lebih banyak kajian dari segi teknikal dan penilaian yang perlu dilakukan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk memberikan kelulusan kepada kenderaan autonomi itu untuk beroperasi di atas jalan raya.💪🏻💪🏻💪🏻