Malaysia Madani di landasan yang tepat! – Ilham Centre

Firma penyelidik, Ilham Centre merumuskan bahawa dasar Malaysia Madani yang diperkenalkan Kerajaan Perpaduan adalah pendekatan yang baik dalam memandu hala tuju negara.

“Naratif perpaduan dan memanusiawikan dasar dan pelaksanaan Kerajaan dilihat sesuai dengan citra Malaysia yang berbilang kaum,” kata panel penyelidik Ilham, dalam kenyataan.

Kajian melibatkan responden daripada keenam-enam negeri yang bakal menjalankan pilihan raya pada hujung minggu ini turut mendapati bahawa responden di negeri Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan berpuas hati dengan prestasi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Fokus utama rakyat juga masih tertumpu kepada usaha-usaha kerajaan untuk memulihkan ekononomi negara serta mengurangkan kos sara hidup, dan hal tersebut mengatasi hal-hal lain.

“Pada perspektif ekonomi, majoriti responden mengharapkan Perdana Menteri dan pasukannya melakukan sesuatu untuk memulihkan ekonomi negara. Ini merupakan peluang positif untuk Perdana Menteri dan Jemaah Menteri kerana dasar dan pentadbiran Kerajaan ini sememangnya sedang berusaha untuk memulihkan ekonomi ke arah yang lebih baik.

“Pengumuman Naratif Ekonomi Madani, Pelan Peralihan Tenaga Baru Nasional dan Inisiatif Payung Rahmah yang membawa pelbagai pelan untuk membantu mengurangkan kos kehidupan seharian juga adalah positif,” ujar laporan terbabit.

Pulau Pinang cemerlang

Ilham turut menjalankan cerapan terhadap prestasi kerajaan-kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan dan mendapati dengan jelas bahawa kerajaan Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan mendahului dengan lebih baik secara keseluruhan berbanding negeri-negeri pimpinan PAS-PN.

“Ini memberikan gambaran bahawa pentadbiran Menteri Besar atau Ketua Menteri di negeri Pakatan Harapan diterima baik menerusi dasar yang telah dilaksanakan sepenggal lalu. 

opera snapshot 2023 08 10 113259 siaran20ic2010202023.pdf

Menurut Ilham lagi, Pulau Pinang menerima kadar kepuasan hati yang tinggi dalam kalangan penduduk negeri tersebut. 

“Pengurusan melibatkan soal kebajikan, usaha membangunkan ekonomi, bekalan air bersih, pengurusan tanah dan perihal tadbir urus am mendapat 78 peratus dan ke atas kadar penerimaan rakyat. 

“Sebagai perbandingan, responden di Kelantan pula sekadar memberikan peratusan tidak lebih 60 peratus dalam soal yang melibatkan tanggungjawab Kerajaan Negeri,” jelas mereka.

Pencapaian Ketua Menteri Pulau Pinang dicerap sebagai paling tinggi dalam tahap kepuasan hati diikuti oleh Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan. 

“Dalam konteks keseluruhan, tahap kecekapan pengurusan dan mentadbir, negeri PH menerima dukungan dari rakyat.”

Enam negeri, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu bakal menjalankan pilihan raya pada Sabtu ini.

Recommended Posts