
Saya terkilan dengan kenyataan Ahli Parlimen Permatang Pauh daripada PAS yang cuba mengaitkan projek LRT Pulau Pinang dengan tragedi pelajar UPSI maut nahas bas.
Sebagai entiti yang bertanggungjawab, mana-mana parti politik tidak sepatutnya menjadikan isu tersebut sebagai modal politik lantaran ramai nyawa yang telah diragut, keluarga masih berduka, dan mangsa yang hidup masih trauma.
Adalah sewajarnya bagi semua untuk berbicara tentang langkah pencegahan yang harus diambil pada masa depan, mahupun membincangkan tentang usaha untuk merancakkan penguatkuasaan dalam pada itu.
Kalau nak menyentuh tentang dasar pengangkutan awam yang lebih baik, adakah PAS menyokong usaha Kementerian Pengangkutan untuk menghapuskan monopoli Puspakom ataupun tetap mempolitikkan isu tersebut apabila usaha tersebut dilancarkan?
Adalah amat mengecewakan apabila pembangkang kini hanya adalah berniat untuk bermain politik ketika semua sedang berduka, malah mengaitkan peruntukan LRT Pulau Pinang yang langsung tidak kena-mengena dalam hal ini, ini menunjukkan bahawa ahli politik sebegini adalah teruk dan gagal dalam menggalas tanggungjawab sebagai wakil rakyat.
Jangan disebabkan nak popular, maka tunggang semua isu.
Hormatilah keluarga mangsa, dan tunjukkan kematangan politik dengan mengutarakan dasar alternatif yang memanfaatkan negara
Cukuplah kalau tebal kulit muka, bukannya sibuk menonjolkan kebebalan dengan kaitkan benda yang bukan-bukan.