Mama Friendly usaha cemerlang Cai Tung untuk para ibu

CALON KITA | Liow Cai Tung yang diberi mandat selama dua penggal sebagai Adun Johor Jaya adalah antara wakil rakyat wanita yang diperlukan oleh orang-orang Johor, bahkan Malaysia.

Ketika Johor dalam pentadbiran Pakatan Harapan (PH), kepimpinannya amat menyerlah sehingga menjadi wanita pertama dilantik memegang dua portfolio iaitu Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Pelancongan.

Dasar Penyusuan Susu Ibu atau Mama Friendly yang diperkenalkannya memberi manfaat besar buat para ibu yang bekerja, dalam masa sama mahu memastikan bayi mereka mendapat nutrien dan khasiat terbaik daripada susu badan ibu.

Liow Cai Tung bersama YM Che Puan Khaleeda Binti Bustamam menyempurnakan Majlis Perasmian Bilik Mama Friendly pertama, iaitu di Bangunan Dato Muhamad Ibrahim Munsyi, Kota Iskandar.
Liow Cai Tung merasmikan sebuah bilik penyusuan di sebuah sekolah di Kluang pada 2020

Untuk itu, program ini memberi galakan untuk setiap pejabat, pusat membeli-belah dan sekolah agar dapat membina atau menyediakan bilik penyusuan bagi memberi keselesaan buat ibu-ibu bekerjaya mengepam susu.

Ia menyasarkan 100 buah bilik tersedia di lokasi-lokasi berkenaan di sekitar Johor.

Liow Cai Tung melihat bilik penyusuan khas yang ke-10 di sebuah sekolah di Johor.

Program yang mula dilaksanakan pada 2019 ini mendapat sambutan menggalakkan sehingga Kerajaan Negeri Johor memperuntukkan RM300,000 dalam Belanjawan 2020 bagi tujuan promosi dan memperluas program ini.

Dasar Mama Friendly antara pencapaian terbesar Cai Tung ketika menjadi EXCO dalam 22 bulan pentadbiran PH.

Namun, banyak lagi sumbangan wakil rakyat muda ini kepada orang-orang Johor dalam industri pelancongan tempatan, khidmat masyarakat dengan penyediaan pejabat bergerak, mengagihkan lebih kurang 30,000 pek makanan kepada keluarga memerlukan, membantu pekerja Singapura merentas pulang ke Malaysia dan membantu warga emas serta golongan kurang upaya.

Liow Cai Tung (kanan) menyampaikan sumbangan makanan.
Liow Cai Tung (tengah) membantu pekerja Malaysia di Singapura pulang bertemu keluarga ketika PKP.

Cai Tung kini berusia 36 tahun dan sebenarnya telah aktif dalam lapangan politik sejak 23 tahun adalah antara wakil rakyat wanita muda yang diperlukan oleh masyarakat Johor dan negara.

Usaha dan kejayaan Dasar Mama Friendly ini menunjukkan kemampuan Cai Tung sebagai wakil rakyat prihatin akan nasib para wanita dan anak-anak Malaysia, khususnya di Johor.

Recommended Posts