Melarang wanita daripada membuat persembahan tarian satu cadangan mundur

468090968 996034169205669 7485338252716367007 n

Mengkategorikan golongan wanita serta melarang wanita daripada membuat persembahan tarian dan sebagainya di hadapan awam merupakan cadangan langkah mundur yang menyekat kebebasan wanita.

Sebelum ini satu “cadangan” diutarakan ADUN Ladang, Zuraida Md Noor dalam perbahasan pada Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu ke-15 supaya hanya membenarkan murid perempuan sekolah rendah belum baligh sahaja membuat persembahan tarian di khalayak ramai, kononnya sebagai langkah menambah baik penguatkuasaan Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan, Pelancongan dan Sukan di Terengganu.

Jika anak-anak perempuan kita disekat sejak kecil daripada meneroka minat, bakat serta kemampuan diri mereka, bagaimana kita dapat mengimbangi ketidaksamarataan gender yang masih wujud antara lelaki dan wanita hari ini? Bagaimana pula kita boleh dapatkan lebih ramai wanita di platform atau ruangan awam yang dapat memberi inspirasi kepada generasi seterusnya, jika “cadangan” ini diterima atau dirasakan sesuai di peringkat negeri tersebut?

467972702 996034155872337 93824474267342 n

Sebagai pemimpin wanita, peranan Zuraida sebagai seorang Adun sangat besar dalam mengutarakan cadangan serta membina polisi atau dasar yang jauh dari bias gender, stereotaip dan stigma negatif terhadap golongan wanita kerana beliau sendiri di satu posisi dengan tanggungjawab besar khususnya dalam mewujudkan masyarakat yang lebih progresif.

Melangkah ke arah dunia tanpa sempadan hari ini, besar harapan saya agar pemimpin-pemimpin wanita hari ini tanpa mengira parti politik bersama-sama dapat memberikan cadangan atau merangka polisi atau dasar yang dapat mengimbangi jurang gender yang wujud dalam pelbagai lapangan serta bersama kita membina masyarakat yang lebih adil serta ideal dengan kemajuan hari ini.

SYAHEERA GHAFAR
PENOLONG SETIAUSAHA PUBLISITI DAPSY KEBANGSAAN

Recommended Posts