Memperuntukkan 10% Apa Yang Diperuntukkan Untuk Kaum Bumi Kepada Kaum Bukan Bumi Di bawah Belanjawan

guaneng111022 nstfield image socialmedia.var 1665472652

Saya ingin menyokong Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan(2024) 2025 sejumlah RM20.2 bilion dan tambahan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM 2.3 bilion. Sememangnya ini ialah kelaziman prosedur Parlimen untuk menegakkan akauntabiliti dalam proses Belanjawan khususnya perbelanjaan luar jangkaan. Ada keperluan untuk perbelanjaan luar jangkaan berikutan ketidaktentuan ekonomi ekoran dasar ekonomi Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang agak bercelaru berkisarkan pelaksanaan tariff secara menyeluruh, pertumbuhan ekonomi lemah negara China rakan dagang terbesar Malaysia, dan penurunan permintaan semi-conductor.

Sebelum ini pertumbuhan ekonomi dilihat sebagai lembab. Harga eksport Malaysia pada Januari 2025 naik 0.3 % berbanding Disember 2024 sungguhpun dijangka naik sebanyak 5% oleh pakar ekonomi. Kenaikan juga disebabkan oleh kenaikan harga bahan eksport seperti harga minyak.

Itulah sebabnya indeks nilai seunit eksport meningkat 0.3 % pada Januari 2025, indeks volum eksport pula menurun 11.6%. Dari segi perbandingan tahunan, indeks nilai seunit eksport meningkat 2.7 %, namun indeks volum eksport berkurang 2.4 %.

Jualan kenderaan pada Januari 2025 merosot sebanyak 40 % berbanding dengan Disember 2024. Perbandingan tahun ke tahun turut menunjukkan penurunan sebanyak 27%. Sungguhpun penurunan ini disebabkan oleh bulan bekerja yang singkat (19 hari) berikutan cuti Tahun Baharu Cina serta pembelian awal kenderaan pada Disember 2024, soalannya ialah samada penjualan kenderaan akan pulih ke jumlah asalnya pada bulan Disember 2024.

Kesemua ini adalah tanda amaran bahawa tekanan ekonomi hanya akan bertambah dengan faktor global di luar kawalan kerajaan. Oleh demikian adalah perlu kerajaan meringankan beban kewangan perniagaan, khususnya Industri Kecil dan Sederhana. Saya tidak mahu mengulangi syor saya sebelum ini berkaitan menaikkan nilai ambang e-invoicing daripada jumlah jualan sebanyak RM 150,000 kepada RM 500,000 setahun, mengecualikan majikan daripada membayar sumbangan KWSP sebanyak 2% untuk pekerja asing dan menangguhkan pelaksanaan pengapungan minyak RON95.

Saya juga ingin mencadangkan bahawa kerajaan perpaduan memperuntukkan 10% daripada apa yang diberikan kepada kaum bumi dalam Belanjawan diberikan kepada kaum bukan Bumi. Contohnya dalam Belanjawan PN 2022, kaum bumi diperuntukkan sebanyak RM 11.4 bilion manakala kaum bukan bumi diberikan pula RM 345 juta, yakni 3% sahaja.

Saya menyokong apa-apa jumlah yang diberikan untuk membantu kaum bumi tetapi yang diminta ialah peratusan 3% yang diperuntukkan kepada kaum bumi dinaikkan kepada 10% untuk kaum bukan bumi. Contohnya sekiranya RM 12 bilion diperuntukkan kepada kaum bumi, berikanlah 10% atau RM 1.2 bilion kepada kaum bukan bumi. Ini selaras dengan kerajaan perpaduan yang menjaga semua rakyat.

LIM GUAN ENG

Recommended Posts