Mencari penyelesaian bukan pergaduhan

7. lim chun weng

DAPSY menyokong sepenuhnya kenyataan Ketua DAPSY Kebangsaan, saudara Woo Kah Leong bahawa kita perlu mencari penyelesaian tetapi bukan pergaduhan. Kami dari DAPSY memahami sensitiviti dalam isu logo halal dan menyokong penuh agar isu ini disiasat oleh pihak berkuasa secara telus. Akan tetapi, sebagai seorang pemimpin yang bertanggungjawab, kita perlu turunkan suhu politik, bukan keruhkan keadaan.

Kenyataan oleh saudara Woo Kah Leong menyarankan pelbagai pihak agar tidak menggunakan isu ini sebagai publisiti politik tetapi serah kepada pihak berkuasa berkenaan untuk menjalankan tanggungjawab mereka kerana perpaduan dalam masyarakat adalah antara perkara yang paling penting di Malaysia.

Dalam menyelesaikan isu ini, pihak universiti telah ambil tindakan serta-merta menutup kedai tersebut, dan DAPSY menyokong sepenuhnya supaya tindakan undang-undang diambil terhadap entiti yang salah dari segi undang-undang. DAPSY turut percaya bahawa pihak berkuasa akan menangani isu ini secara professional dan adil, usahlah ahli politik terutamanya ketua pemuda UMNO YB Akmal berlagak menjadi hero sedangkan pihak berkuasa sedang menjalankan tugas mereka.

DAPSY juga ingin menekankan bahawa DAPSY bersuara untuk kebaikan tanah air dan rakyat, tidak pernah kami gentar untuk pertembungan dengan mana-mana pihak, maka kami akan lebih lantang bersuara demi satu Malaysia yang lebih Bersatu-padu .

Bagi DAPSY, kepentingan negara dan rakyat mengatasi segala-galanya, kami akan bersuara sekiranya kami rasa ia penting untuk Malaysia terutamanya apabila ia mengugat keharmonian antara Masyarakat.

Sebagai pemimpin muda, kita perlu mengamalkan politik matang dan menangani isu dengan lebih professional.

Lim Chun Weng
Setiausaha Kebangsaan DAPSY Kebangsaan

Recommended Posts