Menghormati pilihan pengundi PRK Sungai Bakap…

88896b12 fbd3 4dc6 a669 c305f2d7a32c

IPOH (9 Julai 2024) – Ketua Whip Parlimen DAP, Nga Kor Ming, menyatakan bahawa Parti Tindakan Demokratik (DAP) menghormati pilihan pengundi dalam pilihan raya kecil Sungai Bakap dan akan melakukan muhasabah yang mendalam dengan penuh tawaduk dan rendah hati.

Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan tersebut juga berkata, “Sebagai sebuah parti politik yang didorong oleh visi dan misi membina negara Malaysia yg disanjung tinggi, DAP akan terus menyokong penuh pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mengemudi reformasi dan melaksanakan dasar-dasar yang memanfaatkan negara dan rakyat.”

“Kami akan berdiri teguh bersama Perdana Menteri dalam usaha beliau untuk membina semula negara kita yang tercinta.” kata Nga semasa sidang media di Dewan Undangan Negeri Perak hari ini.

DAP kini mempunyai 40 ahli parlimen. Sehubungan dengan itu, pemimpin DAP akan memperkukuh dialog dan komunikasi dengan komuniti akar umbi untuk memahami perasaan rakyat secara lebih mendalam dari pelbagai perspektif.

Sementara itu, DAP juga akan terus komited dan berdedikasi dalam bekerjasama dengan parti dalam kerajaan Perpaduan untuk mencapai kejayaan dan terus berusaha memenangi hati rakyat sambil bersiap sedia untuk pilihan raya umum yang akan datang.

Sekian, terima kasih.

Nga Kor Ming
Ketua Whip Parlimen DAP Malaysia
9 Julai 2024

Recommended Posts