Menteri KPKT arah Jabatan Landskap Negara untuk kenal pasti spesies pokok sesuai untuk bandar

f2d9dc15 6642 4f2d 8562 9eee0a773a28

Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming telah memberi tanggungjawab kepada Jabatan Landskap Negara untuk kenal pasti pokok yang sesuai untuk ditanam di kawasan bandar yang tidak mendatangkan bahaya kepada orang awam.

Beliau juga berkata perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet minggu ini dan kerja-kerja berkaitan akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat oleh jabatan itu.

“Jabatan Landskap Negara telah diberikan amanah untuk mengenal pasti spesis pokok yang sesuai ditanam dalam kawasan bandar iaitu di sepanjang jalan demi menjaga keselamatan orang awam,” katanya pada sidang media selepas majlis prapelancaran Hari Landskap Negara 2024 (HLN 2024).

Pengumuman ini dibuat susulan daripada beberapa insiden pokok tumbang di Kuala Lumpur yang telah meragut nyawa seorang mangsa.

Selain itu, Sdr Nga juga berkata Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat bagi merasmikan sambutan HLN 2024 pada 25 Mei nanti.

 

Recommended Posts