MP Bakri: Kerajaan Perlu Memperkukuhkan Latihan Kemahiran dalam Pakej SIP

449201971 1003154011379991 6723245574629873090 n

1. Saya mengambil bahagian dalam perbahasan Parlimen hari ini mengenai pindaan “RUU SISTEM INSURANS PEKERJAAN (PINDAAN) 2024” meminta agar kerajaan tidak hanya menumpukan kepada pemberian elaun kewangan kepada pekerja namun juga harus menekankan peningkatan kemahiran dan latihan semula kemahiran pekerja di Malaysia bagi memastikan wujud peluang pekerjaan yang mampan.

2. Pindaan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 akan menaikkan had gaji pekerja daripada RM5,000 kepada RM6,000 sebulan yang bertujuan untuk meningkatkan perlindungan sosial pekerja dan memastikan pekerja mendapat perlindungan kewangan dari Pertubuhan Keselamatan Sosial Malaysia ketika mengalami kehilangan pekerjaan.

3. Walau bagaimanapun, kerajaan tidak seharusnya hanya menumpukan kepada perlindungan kewangan semasa hilang kerja tetapi juga perlu menekankan peningkatan keupayaan pekerja yang hilang kerja bagi menghadapi pasaran pekerjaan yang semakin berubah dalam pakej SIP.

4. Menurut laporan Forum Ekonomi Dunia 2020, menjelang 2025, 42% daripada kemahiran kerja yang diperlukan akan berubah di seluruh dunia. Kerajaan harus memberi perhatian kepada peningkatan kemahiran dan latihan semula kemahiran serta melaksanakan rancangan persediaan pekerjaan jangka panjang bagi memastikan pekerja di Malaysia dapat menghadapi cabaran dan perubahan dalam pasaran pekerjaan masa depan serta mempunyai keupayaan pembelajaran sepanjang hayat.

whatsapp image 2024 06 25 at 17.28.49 38ef986a

5. Kerajaan perlu menyediakan sokongan kewangan untuk program latihan kemahiran dan melaksanakan kempen publisiti yang meluas supaya meningkatkan kesedaran rakyat tentang trends dunia. Laporan Bank Dunia menunjukkan bahawa negara yang melabur dalam pendidikan dan latihan mendapat pulangan yang ketara dalam peningkatan produktiviti pekerja. Peningkatan kemahiran dan latihan semula kemahiran bukan sahaja akan meningkatkan jaminan pekerjaan pekerja tetapi juga meningkatkan daya saing negara di peringkat global.

6. Perkembangan teknologi kecerdasan buatan yang pesat pada masa kini meliputi semakin banyak bidang pekerjaan. Banyak pekerjaan yang dahulunya dianggap stabil seperti jurutera dan jurutera perisian kini menghadapi risiko digantikan oleh teknologi kecerdasan buatan.

7. Oleh itu, sistem insurans pekerjaan negara kita mesti mengikuti perkembangan semasa dan kerjasama rapat dengan sistem latihan semula kemahiran bagi memastikan pekerja kita dapat menyesuaikan diri dengan perubahan pasaran sambil menguasai pekerjaan baharu yang dicipta oleh era kecerdasan buatan, dan seterusnya meningkatkan daya saing negara kita.

TAN HONG PIN
AHLI PARLIMEN BAKRI

Recommended Posts