Nasihat untuk Akmal: Jangan berharap ditepuk air di dulang, nanti terpecik ke muka sendiri

1. Saya baca kenyataan Ketua Pemuda UMNO. Akmal sifatkan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke ibarat ‘kaduk naik junjung’.

2. Akmal silap.

3. Loke berada dalam kabinet Kerajaan Madani. Beliau perlu fokus pada isu-isu utama dalam negara. PMX bekerja pagi petang siang malam untuk pulihkan ekonomi dan angkat nama Malaysia. Takkan Loke sebagai menteri kabinet PMX hendak sibukkan diri melayan Akmal?

4. Ini bukan prioriti. Bukan aulawiyat. Bukan keutamaan.

5. Akmal ialah Ketua Pemuda UMNO. UMNO adalah sebahagian dari Kerajaan Perpaduan. Tetapi Akmal asyik keluarkan komen ibarat tembak kaki sendiri. Lepas tembak, riuh sekampung. Lepas itu ‘memancing’ kami untuk beri respon? Ini tak kena lah..

6. Ketua Pemuda UMNO bukannya tak boleh komen. Tapi gunalah saluran yang lebih cermat.

7. Jadi, tindakan Loke itu betul. Kalau Loke layan Akmal, lagi hodoh jadinya.

8. Nasihat saya pada Akmal, berhenti berharap supaya Loke menepuk air di dulang. Kerana bila terpercik, muka Akmal juga yang basah kuyup!

9. Kerana kita sama-sama dalam Kerajaan, kita satu pasukan. Melainkan Akmal rasa dirinya mewakili pembangkang!

10. Harap Akmal faham.

SHEIKH UMAR BAGHARIB BIN ALI
Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP
Naib Pengerusi DAP Johor

Recommended Posts