Orang yang sama kalah fitnah DUA KALI??

lge250000

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria telah diarah untuk membayar ganti rugi sebanyak RM250,000 kepada Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng pada hari semalam setelah rayuan beliau ditolak oleh Mahkamah Rayuan.

Razman sebelum ini telah disaman oleh pihak Lim Guan Eng pada 18 November 2017 berkenaan suatu hantaran di Facebook beliau yang dianggap memfitnah bekas Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut.

Dalam hantaran Facebook tersebut, Razman telah mendakwa Lim Guan Eng menyokong penuh larangan pengambilan pekerja hotel memakai tudung yang turut disokong oleh kerajaan Pulau Pinang.

Hakim Nantha Balan yang menyampaikan keputusan sebulat suara mahkamah berkata bahawa tulisan di Facebook Razman telah menimbulkan fitnah terhadap Lim Guan Eng dengan mencadang atau menuduh beliau sebagai seorang yang antitudung.

Panel tiga hakim dalam kes rayuan Razman Zakaria telah menolak rayuan beliau setelah memutuskan keputusan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Amarjeet Singh yang kini Hakim Mahkamah Tinggi, telah dibuat secara arif dan saksama, bahawa hantaran Facebook itu membawa unsur fitnah. 

Mahkamah Rayuan turut mengarah Razman untuk membayar kos sebanyak RM20,000.

Namun ini bukan kali pertama ADUN Gunong Semanggol tersebut terbabit dalam isu fitnah. 

Hanya pada awal tahun ini pada Februari 2023, Razman telah membuat satu permohonan maaf kepada Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas dakwaan yang menyatakan bahawa Perdana Menteri membawa agenda lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT) di Malaysia dan turut menyokong agenda komunis.

Permohonan maaf tersebut telah dibuat di Mahkamah Tinggi Taiping sebagai sebahagian daripada persetujuan untuk menyelesaikan kes saman fitnah yang telah dikemukakan kepada Razman oleh pihak Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Dalam satu video siaran langsung yang dimuat naik oleh Razman ke Facebook pada 6 November 2022, kandungan video tersebut melibatkan Razman memberi amaran kepada orang ramai agar tidak mengundi PH dan BN atas sebab Anwar membawa agenda LGBT ke Malaysia malah mahu menghalalkan perkahwinan sama jenis serta menyokong ideologi komunis.

Penerbitan video dan dakwaan Razman telah dilihat sebagai suatu fitnah terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada ketika itu.

Dato Seri Anwar kemudian telah memfailkan saman melalui kapasiti peribadi melalui firma guaman Tetuan SN Nair & Partners di Mahkamah Tinggi Taiping pada 5 Disember 2022.

Sebagai penutup, mari kita tanya diri sendiri.

Mahukah kita pemimpin yang hanya terkenal sebagai kaki fitnah atau mahukah kita pemimpin berwibawa dan berprinsip yang boleh mengemudi negara tercinta Malaysia ke arah perpaduan bangsa dan kemakmuran ekonomi?

Recommended Posts