
1. Pakatan Harapan (PH) Johor telah mengadakan mesyuarat pada 13 Februari 2025 (semalam) bagi menyusun semula kepimpinan peringkat negeri bagi memperkukuh hala tuju dan persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) serta Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
2. Dalam mesyuarat tersebut, kepimpinan PH Johor telah disusun seperti berikut:
• Pengerusi: YB Aminolhuda Hassan
• Timbalan Pengerusi:
• YB Syed Ibrahim Syed Noh
• YB Teo Nie Ching
• Setiausaha: Tuan Haji Idris Bin Jiat
• Bendahari: Gopalakrishnan
• Ketua Penerangan: Sheikh Umar Bagharib bin Ali
3. Mesyuarat juga telah sebulat suara memutuskan bahawa YB Aminolhuda Hassan akan mengetuai jentera pilihan raya sebagai Pengarah Pilihan Raya PH Johor bagi menghadapi PRN dan PRU akan datang.
4. Selain itu, PH Johor turut mengumumkan pelancaran Program RAHMAH JOHOR – satu inisiatif bagi membantu rakyat dan memperkukuhkan hubungan antara kaum dalam masyarakat.
5. Program ini akan mula digerakkan sepanjang tahun bermula Ramadan dan akan dilaksanakan di semua daerah di Johor.
6. Pakatan Harapan Johor komited membawa agenda reformasi dan kesejahteraan rakyat Johor bagi memastikan gerak kerja yang tersusun dalam menghadapi cabaran politik akan datang.