Pakatan Harapan sah pertaruhkan calon dari PKR buat PRK DUN Sungai Bakap

447488978 758777966433194 3347217867339928240 n (1)

Pilihan raya kecil buat DUN Sungai Bakap tidak lama lagi bakal menyaksikan seorang calon Pakatan Harapan dari Parti Keadilan Rakyat.

Pengumuman itu dilakukan oleh barisan pimpinan Pakatan Harapan Pulau Pinang yang diketuai oleh Pengerusinya dan juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Saudara Chow Kon Yeow. Katanya lagi, keputusan itu telah dimuktamadkan secara sebulat suara seusai mesyuarat bersama pimpinan tertinggi negeri pulau mutiara itu sendiri.

Beliau juga berkata, keputusan itu dilakukan atas semangat parti yang bertanding sebelum ini diberi keutamaan untuk bertanding semula.

447287150 758777876433203 341021410890177950 n

“Dalam hal ini, parti lain tidak meminta untuk bertanding atas semangat kebersamaan (malah) sebelum kita buat keputusan semua parti menyatakan sokongan kepada PKR untuk menghantar calon dan ia keputusan ‘straight forward’ tanpa ada sebarang pertikaian,” katanya.

445446275 758777909766533 581681450003521856 n

Turut hadir bersama ialah Naib Presiden PKR merangkap Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Pulau Pinang, Nurul Izzah Anwar dan Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid selaku Timbalan Pengerusi MPN Pulau Pinang.

Untuk rekod, PRK DUN Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff dari parti PAS pada 24 Mei lalu.

Recommended Posts