Pakej internet serendah RM99 untuk manfaat rakyat Malaysia

pakej internet

Kerajaan Perpaduan melalui Telekom Malaysia telah mengumumkan pakej penyelarasan harga untuk pelan jalur lebar fiber Unifi, sebagai lanjutan kepada kenyataan Menteri Komunikasi dan Digital berkaitan penurunan harga pakej jalur lebar.

Dalam pakej internet baharu ini, pelan asas 30Mbps yang berharga RM89 dinaiktaraf kepada 100Mbps berharga RM99. Telekom Malaysia juga akan mengekalkan harga RM89 sebagai tawaran terhad. 

Selain pakej asas yang menerima naik taraf kelajuan dan semakan harga, pakej internet berikut juga menikmati penurunan harga.

Unifi 100Mbps untuk RM99 dari RM129.

Unifi 300Mbps untuk RM139 dari RM149.

Unifi 500Mbps untuk RM159 dari RM209.

Unifi 1Gbps dan Unifi 2Gbps untuk RM289 dan RM319 masing-masing.

tmhargabaru
Harga pakej internet yang ditawarkan oleh Unifi setelah dikemaskini

Pelanggan Unifi sedia ada pula akan menerima naik taraf kelajuan. Pelanggan 100Mbps sedia ada akan menikmati kelajuan 300Mbps, 300Mbps akan menikmati kelajuan 500Mbps, manakala pelan 500Mbps akan dikemaskini kepada 1Gbps.

Menurut Naib Eksekutif Presiden Unifi Anand Vijayan, proses naik taraf kelajuan ini akan dilaksanakan secara berperingkat untuk semua pelanggan dalam tempoh masa 3 bulan menjelang Januari 2024.

Beliau juga berkata bahawa penawaran pakej internet baharu ini bertujuan meningkatkan kepuasan pelanggan, meluaskan keterangkuman digital rakyat Malaysia, menambah baik akses internet, dan menambah peluang digital yang bakal memperkasakan aspirasi digital Malaysia.

Pakej RAHMAH Unifi yang berharga RM69 sebulan untuk kelajuan 30Mbps akan dikekalkan. Pakej ini khas ditujukan kepada golongan yang kurang mendapat perkhidmatan termasuk warga emas, Orang Kurang Upaya (OKU), golongan B40, dan golongan veteran.

Selain itu Unifi akan turut menawarkan pakej gabungan pelan fiber, pelan mudah alih tanpa had kuota untuk 4G dan 5G, dan telefon pintar 5G percuma yang dinamakan UNI5G Pascabayar Tanpa Had yang berharga RM149 sebulan. Telefon pintar 5G percuma yang ditawarkan kepada pelanggan adalah sama dengan Pakej 5G RAHMAH. Pakej baru ini boleh dinikmati pelanggan melalui pelan kontrak selama 3 tahun. 

“Menyokong usaha kerajaan untuk memastikan kemajuan digital rakyat Malaysia, pelan itu dirangka khas dengan jalur lebar tetap 30Mbps tanpa had pada harga RM69 sebulan.” kata Anand.

Pengusaha mikro, kecil, dan sederhana juga mendapat manfaat daripada kemaskini pakej internet ini melalui penurunan harga pakej tawaran Unifi Biz Fiber daripada 100Mbps hingga 2Gbps.

Recommended Posts