
Satu gambar badut yang bermuka Pak Teh telah disiarkan pada 10 April, dan sebenarnya gambar tersebut telah jelas menampilkan imejnya sebagai seorang yang selalu memfitnah dan membuat tohmahan yang tidak berasas.
Rekod fitnahnya adalah cukup tebal sekali sehingga merupakan pengunjung biasa dalam kes disaman fitnah.
Sebagai ketua pemuda parti dan juga wakil rakyat, adalah tanggungjawab dan kewajipan saya untuk menerangkan fakta melalui pelbagai kaedah termasuk cara sindiran demi melawan segala retorik palsu.
Namun, reaksi Pak Teh terhadap gambar sindiran tersebut adalah pelik. Bukan sahaja tidak menerangkan atau melawan hujah dengan hujah, malah ketua pembangkang tersebut tidak memohon maaf atas tindakannya selama ini yang menyebarkan fitnah, malah memilih untuk membuat laporan polis. Dan saya telah dipanggil polis untuk memberikan keterangan pada pagi ini.
Reaksi Pak Teh yang keterlaluan menunjukkan bahawa dia gerun dengan kebebasan bersuara, ngeri dengan kritikan dan ingin menyalahgunakan agensi untuk mendiamkan penentangnya demi mewujudkan fenomena “white terror”.
Disebabkan satu gambar sindiran dan seterusnya memohon pihak polis untuk membuat siasatan adalah penampilan sebenar ahli politik Perikatan Nasional yang berhati tisu dan mudah koyak.
Negara kita mengamalkan sistem demokrasi. Adakah PAS tidak dapat menerima satu gambar sindiran? Pemimpin PAS memilih untuk membuat laporan polis disebabkan satu gambar sindiran. Cuba bayangkan sekiranya mereka diberikan peluang untuk mentadbir sekali lagi dan bagaimanakah mereka akan melayan suara penentang.
Sesungguhnya politik sindiran merupakan cara mengkritik yang paling harmoni di dalam sesebuah negara demokrasi.
Tidak kiranya negara demokrasi apa-apa pun, politik sindiran adalah munasabah dan diterima khalayak ramai.
Ingin saya tegaskan, sindiran bukan serangan peribadi, namun adalah satu bentuk seliaan awam.
Di Malaysia, ada juga artis seperti Zunar dan Fahmi Reza yang sindir pelbagai parti politik, dan tidak kelihatan pemimpin DAP koyak lantaran gambar sindiran sedemikian sehingga kena membuat laporan polis.
Hal ini disebabkan kesemua kami memahami bahawa ini adalah sebahagian daripada demokrasi.
Membuat laporan polis sesuka hati bersamaan dengan memusuhi kebebasan bersuara dan takut dengan suara lain.
Disebabkan satu gambar sindiran sehingga kena membazirkan sumber polis, ini jelas menunjukkan bahawa Pak Teh adalah mudah koyak dan hanya boleh bergantung kepada pihak berkuasa untuk melawan pihak lawan dan tidak mampu lawan hujah dengan hujah.
Ingin saya tegaskan bahawa ini adalah budaya politik yang tidak sihat.
Sekiranya seseorang Ahli Dewan Negeri dipanggil untuk siasatan hanya disebabkan satu gambar, mana letaknya kebebasan mencipta dan hak demokrasi?
Nescaya kesannya adalah tidak dapat dibayangkan sekiranya ahli politik sedemikian yang membuat laporan polis sesuka hati berjaya memegang kuasa pada masa depan.
Politik sindiran tidak bersamaan dengan tindakan memalukan seorang dan tidak melibatkan perihal peribadi seseorang, namun adalah satu cara untuk memberikan maklum balas kepada tindakan, ucapan dan pendirian mana-mana orang awam khususnya ahli politik.
Sebagai Ketua Pembangkang yang selalu menyebarkan kenyataan berbaur fitnah, Pak Teh seharusnya menerima seliaan, teguran & tentangan awam daripada khalayak ramai.
Sekiranya Pak Teh tidak dapat menerima kritikan dalam pelbagai bentuk, maka adalah lebih baik untuk dia bersara dan tidak lagi berkecimpung dalam urusan awam.
Satu gambar sindiran tidak akan menjejaskan reputasi, dan tidak sesekali merupakan kes jenayah.
Gambar sindiran berfungsi untuk mendidik rakyat demi mengenal pasti apa yang betul atau salah dan menampilkan keadaan politik sebenar serta merupakan salah satu cara rakyat untuk berekspresi.
“Freedom of expression must include the freedom to offend.”
Ahli politik yang mengkehendaki semua gambar, bahasa dan tulisan yang menepati seleranya tidak sesuai hidup dalam era demokrasi, sebaliknya hanya sesuai dengan sistem diktator.
Sebagai seorang ahli politik, saya mempertahankan hak semua pihak untuk mengkritik saya, pada masa yang sama saya juga berhak untuk lawan balik dengan hujah, tidak tunduk dan tidak mendiamkan diri.
Tindakan Pak Teh sebegini bukan hanya merupakan perbezaan pendapat semata-mata dengan pihak lawan, namun adalah sedang menyalahgunakan agensi untuk melawan penentang.
Saya bertekad untuk mempertahankan kebebasan bersuara, kebebasan mencipta dan kebebasan berekspresi, dan menentang segala tindakan “white terror” yang tidak berasas.