PAS – Penyebar Fitnah Terbesar di Malaysia

464469323 962257879280173 28863116709585770 n

Sebagai Ahli Dewan Negeri Pasir Bedamar, saya terpanggil untuk memberikan maklum balas berkenaan dengan kenyataan berbaur fitnah serta tidak tepat yang dikeluarkan oleh Ketua Pembangkang DUN Perak merangkap Pesuruhjaya PAS Perak, YB Razman Zakaria.

Saya ingin menyangkal sekerasnya-kerasnya kenyataan YB Razman bahawa tindakan kibar bendera China tidak pernah berlaku sewaktu berlangsungnya Pesta Tanglung anjuran wakil rakyat setempat yang diadakan pada 13 September 2024.

YB Razman juga menyebarkan fitnah bahawa program yang melibatkan insiden kibar bendera China adalah dihadiri Ahli Parlimen Teluk Intan, YB Nga Kor Ming dan saya sendiri.

Ini adalah merupakan pembohongan semata-mata lantaran kedua-dua YB Nga Kor Ming dan saya tidak pernah menghadiri apa-apa program di Teluk Intan yang mengibarkan bendera China.

Kenyataan YB Razman adalah sangat berbaur fitnah dan jahat lantaran tindakannya yang cuba mengaitkan insiden mengibarkan bendera China dengan YB Nga Kor Ming dan saya.

Saya menuntut YB Razman untuk menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf secara terbuka atas penyebaran info yang salah dalam pada itu.

Ketua Pembangkang yang profesional seharusnya menyemak fakta sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi dan patut mengambil iktibar daripada kes-kes disaman fitnah sebelum ini yang menatijahkan diri sendirinya membayar bayaran ganti rugi yang berjumlah besar.

Ingin saya tegaskan sekali lagi, sebagai rakyat Malaysia dan juga wakil rakyat, saya sentiasa menjunjungkan kedaulatan Malaysia dan tidak pernah memecahbelahkan rakyat Malaysia seperti mana yang dibuat oleh PAS kini.

YB Woo Kah Leong
Ahli MMK Perak
Ahli Dewan Negeri Pasir Bedamar

Recommended Posts