PAS Rosakkan Perpaduan Malaysia

464683696 963044272534867 3338830890699881166 n

Berhubung dengan ucapan berbaur perkauman oleh Ketua Pembangkang DUN Perak, YB Razman di perhimpunan Menara Condong Teluk Intan pada 26 Oktober, saya telah mengarahkan pasukan khidmat setempat untuk membuat laporan polis untuk menyiasat kenyataannya yang jelas merosakkan perpaduan negara & keharmonian masyarakat berbilang kaum.

Sejak menjejaki politik pada tahun 2018, saya telah melalui zaman YB Saarani Mohamad & YB Aziz Bari sebagai Ketua Pembangkang DUN Perak dan kedua-dua mereka telah menampilkan budaya politik yang sepatutnya dan tidak pernah mengheret masyarakat berbilang kaum ke kancah perpecahan.

Namun, Ketua Pembangkang DUN Perak kini bukan sekadar menjadi pakar dalam menyebarkan fitnah seperti membuat info palsu tentang keterlibatan YB Nga Kor Ming dan saya untuk insiden kibar bendera China, malah kini gunakan retorik perkauman dengan menggunakan ciri mata, kulit dan darah untuk cuba menghasut rakyat Malaysia untuk berpecah belah.
Sebagai seorang ahli politik yang telah lama berkecimpung, YB Razman dan PAS harus menerima hakikat bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang kaum, agama dan budaya.

Saya menyeru pihak berkuasa untuk mengambil tindakan yang sekeras-kerasnya terhadap YB Razman lantaran kenyataannya yang berbaur perkauman dan membahayakan perpaduan negara.

464620708 963636732475621 143297866865396599 n

YB Woo Kah Leong
Ahli MMK Perak
Ahli Dewan Negeri Pasir Bedamar

Recommended Posts