PAS tidak bertanggungjawab, tidak berprinsip, hipokrit dan oportunis apabila mahu meneruskan perhimpunan Pro-Najib pada 6 Januari ini

Pengumuman Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan untuk meneruskan perhimpunan pro-Najib pada 6 Januari di luar Mahkamah Rayuan Putrajaya biarpun UMNO, penganjur perhimpunan, mengundurkan diri hanya membuktikan bahawa PAS sedang mengusahakan politik licik ala “Squid Game” bagi merebut kuasa dengan apa cara sekalipun. PAS bersifat tidak bertanggungjawab, tidak berprinsip, hipokrit dan oportunis dalam membuat keputusan untuk meneruskan perhimpunan ini biarpun Titah Diraja daripada Istana Negara mengenai prerogatif pengampunan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan amaran daripada Ketua Polis Negara untuk tidak menghadiri perhimpunan tersebut.

Hanya seorang penuntut “Squid Game” berani untuk mengingkari dan menentang Titah Diraja dan diikuti dengan amaran daripada PDRM. Rakyat Malaysia dapat melihat sendiri bagaimana PAS sanggup menggugat kesejahteraan sosio-politik dan ekonomi negara dalam bahaya dengan menghapuskan semua lawan politik dengan cara yang tidak jujur, termasuk sekutu politik mereka Bersatu yang tidak melibatkan diri dengan perhimpunan itu.

Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari, cuba mengubah cerita dengan mendakwa DAP dan bukannya PAS yang menjadi peserta yang berdepan penyingkiran dalam “Squid Game”. Jelas PAS tidak mempunyai kreativiti dan keaslian dalam menggunakan analogi politik DAP sendiri untuk menggambarkan konspirasi politik PAS. Tambahan pula, adakah Ahmad Fadhli benar-benar menonton “Squid Game” apabila pandangan radikal PAS dan pandangan ekstremis mungkin akan melabelkan program Netflix sebegitu sebagai lebih “haram” daripada “halal”?

Serangan Ahmad Fadhli terhadap DAP kerana menyertai dan menyokong kerajaan perpaduan biarpun melantik Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri ketika sedang berhadapan dengan 47 pertuduhan jenayah rasuah. Tidak seperti PAS yang berani mengingkari dan menentang Titah Diraja, DAP memilih untuk mematuhi Titah Diraja untuk membentuk Kerajaan Perpaduan.

Jika DAP memilih untuk tidak berbuat demikian, maka DAP dengan mudah akan dituduh sebagai tidak menghormati Raja-Raja Melayu dan bakal diserang dengan soal perkauman. Jauh beza dengan PAS yang tamak kuasa, DAP sanggup berkongsi kuasa seperti titah Raja.

Ahmad Fadhli kemudian membuat analisis tidak logik bahawa pemimpin DAP seperti Tan Sri Lim Kit Siang dan saya sendiri enggan melepaskan jawatan pucuk pimpinan. PAS harus diingatkan bahawa Tan Sri Lim Kit Siang telah bersara daripada politik aktif manakala saya bukan lagi Setiausaha Agung dan menyokong penuh pemimpin DAP, yang kini dipegang oleh Sdr Anthony Loke Siew Fook. Cuba kita bandingkan dengan Abdul Hadi Awang yang berkemungkinan akan menjadi Presiden PAS seumur hidup.

Bagi mereka yang mengatakan zaman saya sudah tamat, hanya ahli DAP dan rakyat yang berhak membuat keputusan. Pada 16 Mac di Kongres Nasional parti kami, ahli DAP akan mengundi dan memutuskan sama ada mereka bersetuju dengan lawan DAP dan PAS bahawa masa saya sudah tamat. Berbeza dengan PAS, saya tidak akan sesekali mengambil mudah sokongan rakyat kepada saya apabila majoriti saya meningkat di kerusi Parlimen Bagan daripada 22,070 undi pada Pilihan Raya Umum 2008 kepada 49,648 pada Pilihan Raya Umum 2022.

LIM GUAN ENG
Ahli Parlimen Bagan

Recommended Posts