Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) Chong Hwa telah dinobatkan sebagai juara dalam pertandingan koir di Festival Bahasa dan Sastera 2024, yang bertujuan untuk memupuk semangat patriotisme dan penghargaan terhadap bahasa kebangsaan dalam kalangan belia Malaysia.🥇🏆🎶
Pasukan dari Kuala Lumpur itu mempersembahkan lagu “Bahasa Jiwa Bangsa,” ciptaan Tan Sri Dol Ramli, dengan penyampaian yang penuh emosi dan koreografi yang bertenaga. Bukan itu sahaja, pasukan ini juga datang lengkap dengan pakaian batik tradisional berona biru. Jelas padanan baju dan lagu ini berjaya menarik perhatian juri dan penonton dan menerima pujian meluas.👏👏
Timbalan Menteri Pendidikan, Sdr Wong Kah Woh juga tidak melepaskan peluang berkongsi video di TikTok menunjukkan keyakinan murid-murid ini. Keseluruhan acara ini menonjolkan bakat budaya belia Malaysia dan menekankan kepentingan bahasa serta seni dalam pendidikan.
Tahniah kepada adik-adik SMPC Chong Hwa! 👍 🙌