Dengan peningkatan penggunaan Kecerdasan Buatan (AI) di seluruh dunia, Malaysia juga tidak mahu ketinggalan untuk mengintegrasikannya dalam pelbagai sektor industri di negara ini. Seiringan itu, sebuah Pejabat Kecerdasan Buatan (AI) Kebangsaan (NAIO) bakal dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuala Lumpur, 12 Disember depan.🦾🦾🦾
Penubuhan NAIO dijangkakan berupaya meningkatkan keupayaan AI negara dengan memupuk inovasi, mempromosikan kerjasama merentas sektor serta menyokong integrasi AI ke dalam rangka kerja kerajaan, industri dan masyarakat. Malah, ia bakal menerajui inisiatif yang memanfaatkan AI untuk mengukuhkan ekonomi digital, meningkatkan perkhidmatan awam dan menyumbang kepada pembangunan yang mampan.🙌🏻🙌🏻🙌🏻
Menurut Menteri Digital, Gobind Singh Deo, kewujudan pejabat berkenaan berperanan membantu kerajaan menggubal polisi bersesuaian untuk pembangunan AI selain penggubalan undang-undang AI supaya penggunaannya tidak disalah guna. Malah, kerajaan bakal mendapatkan input daripada seluruh industri berkaitan keperluan industri (AI) ini untuk menambahbaik inovasi teknologi AI ini.