Pekerja Sabah bakal dapat hak perlindungan pekerja lebih baik!

8cbaa8ae 4111 4c1f b103 115051ff1f91

20 tahun selepas pindaan pertama dan terakhirnya pada tahun 2005, kali ini pindaan Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sabah (OBS) (Pindaan) 2024 diperbaharui lagi! Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang Undang ini selepas mendapat suara majoriti dengan bacaan kali kedua oleh Menteri Sumber Manusia Steven Sim.👏🏻👏🏻👏🏻

Dengan Ordinan Buruh Sabah (OBS) ini, pekerja bakal diberi perlindungan asas khususnya yang tidak berkesatuan dan kurang berkeupayaan untuk berunding dengan majikan bagi mendapatkan terma dan syarat pekerjaan lebih baik. Antara perkara utama dalam pindaan itu melibatkan:

✅ Waktu bekerja yang dikurangkan daripada 48 jam seminggu kepada 45 jam seminggu
✅ Peruntukan baharu tentang aturan kerja anjal
✅ Peruntukan aduan buruh paksa
✅ Penambahan bab baharu 11B tentang gangguan seksual serta penginapan dan kemudahan pekerja
✅ Tempoh cuti bersalin di Sabah dinaikkan daripada 60 hari kepada 98 hari
✅ Cuti paterniti kepada golongan bapa sebanyak tujuh hari 🙌🏻🙌🏻🙌🏻

Pindaan ini merupakan bukti komitmen Kerajaan Malaysia Madani dalam memastikan hak dan kebajikan pekerja di Semenanjung Malaysia dan lebih 2 juta pekerja Sabah adalah setara serta selari dengan standard perburuhan antarabangsa✊🏻✊🏻✊🏻

Recommended Posts