Pelaburan Google salur RM12.4 bilion kepada ekonomi, cipta 26,500 peluang pekerjaan

461864804 1085603896263799 3826556043964598425 n

Pelaburan Google di Malaysia bakal wujudkan 26,500 pekerjaan dan menyumbang lebih daripada RM12.4 bilion kepada ekonomi negara menjelang 2030 selepas pembinaan pusat data dan rantau awan barunya yang baru bermula 🥳🥳

Presiden merangkap Ketua Pegawai Pelaburan Alphabet dan Google Ruth Porat berkata komitmen syarikat itu terhadap usaha kemajuan digital Malaysia dapat dilihat menerusi pusat data dan wilayah awan berkenaan di Selangor 💪💪

“Pelaburan Google dalam aspek infrastruktur, kemahiran digital dan kemampanan memaparkan kemajuan dalam usaha bersama kami dengan kerajaan Malaysia untuk mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi dan membawa manfaat AI kepada komuniti serta syarikat tempatan,” katanya pada majlis “Mantap Malaysia Bersama AI” pagi tadi.

Recommended Posts