Peluang layan Main Puteri dan Tarian Asyik Ahad ini

KUALA LUMPUR, 20 MEI: NGO kebudayaan PUSAKA akan menganjurkan dua pertunjukan tarian tradisional Kelantan iaitu Tarian Asyik dan Main Puteri.

Acara pada 24 Mei bertempat di Publika, Solaris Dutamas itu akan dimulakan dengan program wacana selama sejam mulai 6 petang. Perbincangan Love and Longing in the Healing Traditions of Kelantan itu dikendalikan pengasas PUSAKA, Eddin Khoo.

Di sebelah malam pula acara bermula pada jam 8.30 menampilkan kumpulan Jalinan Seni Tanah Merah, Pak Su Agil dan Tok Teri Pak Omar.

Tarian Asyik adalah tarian tradisional Kelantan berakar dari Kesultanan Pattani dan dikesan wujud sejak zaman pemerintahan Ratu Kuning pada abad ke-17.

Menurut lagenda dari Hikaya Patani, tarian ini dicipta untuk untuk menghiburkan hati Ratu Kuning yang bersedih akibat kehilangan burung.

Ia juga dikatakan tarian yang paling digemari Puteri Saadong.

Main Puteri pula adalah ritual penyembuhan yang boleh ditemui di utara dan timur Malaysia khususnya Kelantan.

Tarian ini menggabungkan tarian, muzik dan ritual penyembuhan pesakit yang sedang menghadapi penderitaan emosi dan spiritual.

Masyarakat Kelantan percaya penyakit berpunca daripada serangan roh jahat, kehilangan semangat atau ketidakseimbangan angin (dalaman pesakit).

Acara ini terbuka kepada semua. Jika perlukan maklumat lanjut boleh berhubung melalui emel atau ke laman web PUSAKA, www.senipusaka.com atau akaun Facebook https://www.facebook.com/pages/Pusaka atau e-mel [email protected] – Roketkini

Recommended Posts