Saya ingin mengkritik pengulas Parti Republikan Amerika Syarikat, yang merendahkan Malaysia ketika menyerang Kamala Harris.
Pengulas politik Republikan AS, Tucker Carlson, menggelar calon presiden Demokrat AS, Kamala Harris, sebagai “Samoan-Malaysian” dengan IQ rendah. Dalam tuduhan terhadap Harris, dia turut merendahkan Malaysia, yang terjerumus sekali dalam konflik dua parti di Amerika Syarikat. Dia harus menarik balik kenyataannya dan memohon maaf kepada Malaysia.
Menurut laporan berita antarabangsa, Carlson membuat kenyataan tersebut pada hari Ahad lalu (27 Oktober) di acara kempen Trump di Madison Square Garden, New York.
“Sebagai Ahli Parlimen Malaysia, saya mengikuti perkembangan politik dunia, terutama pilihan raya presiden AS. Fokus perdebatan pilihan raya presiden AS seharusnya berkenaan kemampuan, dasar, dan visi calon, dan bukannya latar belakang keluarga atau tempat kelahiran, lebih-lebih lagi Harris bukan berasal dari Malaysia.”
Kamala Harris adalah Naib Presiden AS menunjukkan daya kepemimpinan yang cemerlang. Tokoh politik dan pengulas politik Amerika Syarikat asyik memperjuangkan kesamarataan jantina dan hak asasi manusia. Saya rasa kesal sekarang pengulas politik Republikan AS, Tucker Carlson menggunakan kewarganegaraan dan jantina untuk menyerang Kamala, dan mengheretkan Malaysia dalam ucapannya.
Saya menyeru pengulas politik Republikan, Tucker Carlson, untuk menarik balik kenyataan yang melibatkan Malaysia dalam perjuangan politik AS dan memohon maaf kepada Malaysia.
Saya juga ingin menyeru pemimpin PAS yang sibuk dengan isu bendera China mengalihkan perhatian mereka kepada isu nama baik Malaysia direndahkan oleh ahli politik dalam kempen politik Amerika Syarikat.
Teresa Kok