Pemimpin seyogia turunkan suhu politik, hanya politikus yang keruhkan keadaan

wkl
DAPSY menjunjung agama Islam sebagai agama rasmi negara, di samping mendokong segala usaha untuk menjaga kesejahteraan semua agama di bawah payung Malaysia Madani.
Isu penjualan pek sandwic di KK Mart Universiti Malaya telah ditularkan oleh Ketua Pemuda UMNO Dr Akmal Saleh, seolah-olahnya pihak universiti tidak mengambil apa-apa tindakan, namun padahal pihak UM telahpun mengarahkan penutupan serta-merta apabila berlakunya sebarang insiden yang meragukan.
DAPSY pun yakin kesemua universiti di bawah kelolaan Menteri Pengajian Tinggi daripada parti UMNO tidak akan sesekalipun berkompromi dalam isu sedemikian.
Pada masa yang sama, sebagai pemimpin politik, haruslah kita sama-sama menurunkan suhu politik yang dinaikkan semaksimum mungkin oleh barisan pembangkang yang memang berniat untuk memecahbelahkan masyarakat majmuk.
Janganlah sesekali mencuba untuk mengapi-apikan bahang dan berlagak hero.
Pemimpin pemuda harus membantu untuk membina jambatan perpaduan, bukannya menjadi api dalam sekam dengan membakar lagi jambatan tersebut.
Jangan bertindak seperti tin kosong, sangat bising tetapi tidak berisi dan kosong sahaja.
Ketua DAPSY Malaysia
YB Woo Kah Leong

Recommended Posts