Pemukiman DAP Negeri Sembilan 2024 – peroleh ilmu dari Kerajaan Pulau Pinang

448370713 1021215349572343 837903552471178611 n

Seringkali apabila sebuah organisasi mahupun syarikat melakukan satu pemukiman, ia adalah untuk mengambil masa dan peluang untuk berbincang, memperbaiki dan memantapkan cara kerja atau sistem yang sedia ada. DAP Negeri Sembilan pun tak terkecuali dari praktis itu.

DAP Negeri Sembilan mengambil peluang cuti umum selama 3 hari ini untuk menganjurkan satu pemukiman di Pulau Pinang yang dihadiri lebih kurang 50 ahli yang terdiri daripada Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Majlis dan lain-lain.

Yang istimewanya pemukiman kali ini ialah ahli-ahli yang hadir dapat memperoleh ilmu dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang tentang tatakerja, prosedur dan amalan yang digunapakai dalam pelbagai aspek hal ehwal negeri.

448405515 1021215516238993 4159034805509991490 n (1)

Setiausaha Agung DAP yang juga Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook menitikberatkan peranan ahli majlis dalam Kerajaan Negeri Sembilan. Beliau mengetengahkan kerjasama yang kuat antara agensi dan kerajaan negeri adalah perlu dalam melaksanakan dasar yang penting buat rakyat. Beliau juga ingatkan kesemua ahli untuk cakna tentang isu semasa dan terus perjuangkan reformasi bagi memantapkan tadbir urus kerajaan negeri.

Selamat maju jaya buat semua ahli yang hadir dan semoga ilmu yang diperolehi bermanfaat.

Recommended Posts