Pemukiman Khas Angkatan Muda HARAPAN: Tekad Bersama Demi Masa Depan Anak Muda!

485785070 1068388702000423 8756631509767589218 n

Satu Pemukiman Khas Angkatan Muda HARAPAN (AMH) telah berlangsung dengan jayanya pada hari Isnin yang lalu.

Sesi perbincangan yang mendalam telah menyentuh pelbagai isu berkaitan anak muda, khususnya agenda utama kita, iaitu pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang telah sekian lama membelenggu kebebasan mahasiswa kita.

Sebagai Ketua AMH, saya sangat berbangga kerana pemukiman ini telah mencapai kata sepakat yang kukuh di mana AMH akan menggerakkan usaha secara menyeluruh untuk memastikan AUKU dimansuhkan.

Sehubungan dengan itu, satu Jawatankuasa Bertindak akan ditubuhkan bagi menyelaraskan segala gerak kerja dan usaha AMH untuk memansuhkan AUKU dan akta-akta yang berkaitan.

AMH yakin bahawa pemansuhan AUKU dan penggantian dengan satu Akta Pendidikan Tinggi yang baharu akan dapat mengembalikan keadilan kepada mahasiswa yang pernah ditindas di bawah akta zalim ini dan seterusnya memulihkan demokrasi kampus, meningkatkan tahap kebebasan akademik dan autonomi mahasiswa.

Sepanjang pemukiman ini, perbincangan berjalan dengan lancar dan produktif. Walaupun terdapat pelbagai pandangan, kami semua berjaya mencari titik persamaan dan mampu mencapai pelbagai konsensus demi perjuangan bersama.

Selain isu mahasiswa, AMH turut memberi perhatian kepada Pilihan Raya Negeri Sabah yang bakal berlangsung tidak lama lagi. AMH telah bersiap sedia untuk turun ke medan perjuangan, memastikan jentera pemuda digerakkan dengan penuh semangat bagi memperkukuh kedudukan HARAPAN di Sabah.

Seluruh sayap pemuda HARAPAN akan terus memperkasakan pergerakan untuk memastikan anak muda Malaysia terus melihat HARAPAN sebagai pilihan utama mereka. AMH juga akan terus menggandakan usaha untuk membawa suara anak muda ke arus perdana politik negara kita!

Woo Kah Leong
Ketua DAPSY Kebangsaan

485131549 1068388782000415 862698120120744644 n

484181576 1068388715333755 5122404172363552981 n

484618431 1068388735333753 9152528123211852547 n

484070653 1068388742000419 3441203873291654236 n

Recommended Posts