Antara pelarasan pindaan yang bakal meningkatkan kebajikan pekerja di Sarawak ialah⤵️
✅ Memperluaskan liputan pekerja yang berhak mendapatkan gaji kerja lebih masa, gaji kerja hari rehat dan hari kelepasan serta faedah penamatan daripada pekerja bergaji RM2,500 sebulan kepada pekerja bergaji RM4,000 sebulan.
✅ Memasukkan peruntukan berkenaan standard minimum perumahan, penginapan dan kemudahan pekerja selaras dengan Akta 446.
✅ Mengadakan peruntukan baharu berkenaan dengan ‘sexual harassment, discrimination in employment, force labour’ dan ‘flexible working arrangement’ selaras dengan pindaan terkini Akta 265.
✅ Mengurangkan waktu kerja daripada 48 jam kepada 45 jam dalam seminggu.
✅ Penambahan cuti bersalin kepada 98 hari dan pengenalan cuti paterniti selama tujuh hari.
✅ Perlindungan terhadap pemecatan pekerja wanita hamil.
Inilah bukti Kerajaan MADANI sentiasa berusaha untuk memastikan semua rakyat Malaysia menikmati kehidupan yang terbela dalam segala aspek. 🙌🏻