Pengerusi DAP Kebangsaan, Sdr Lim Guan Eng Menang Saman Fitnah, Muhyiddin kena bayar RM1.35 juta

465887224 976749154492218 6629956266877267023 n

Mahkamah Tinggi arah bekas Perdana Menteri dan Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin bayar ganti rugi bernilai RM1.3 juta kepada Pengerusi DAP Kebangsaan, Sdr. Lim Guan Eng kerana memfitnah dalam isu cukai terhadap Yayasan Albukhary.

Mahkamah mendapati Pengerusi DAP itu berjaya membuktikan kesnya terhadap bekas Perdana Menteri itu berdasarkan keseimbangan kebarangkalian.

Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain memutuskan Lim Guan Eng sebagai saksi yang boleh dipercayai dan berjaya membuktikan kes fitnah tersebut.

Beliau juga menyatakan bahawa sebaliknya, Muhyiddin membuat tuduhan yang tidak berasas dalam kes ini tanpa berusaha mengesahkan kebenaran fakta, yang menjejaskan keharmonian masyarakat dan perpaduan negara.

Kemenangan ini membuktikan bahawa, tanpa mengira siapa, setiap orang perlu bertanggungjawab atas kenyataan yang tidak wajar. Ini adalah satu kemenangan untuk semua.🚀

465739759 1112858510205004 8219409156899444346 n

465733767 1112857863538402 951044078157632025 n

Recommended Posts