Penubuhan Dua Lagi Cawangan DAP Melayu di Hulu Selangor

441934068 982271273464583 3193928444978378160 n

Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok mengumumkan penubuhan dua lagi cawangan DAP Melayu bagi Parlimen Hulu Selangor dengan tambahan keahlian seramai 100 ahli.

 

Jelasnya, penambahan ahli baru dalam kalangan kumpulan muda Melayu berusia lingkungan 30-an membuktikan bahawa calon muda Pakatan Harapan bagi Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu, Pang Sock Tao berjaya menarik minat golongan ini untuk menyertai parti DAP.

 

Dua cawangan yang baru ditubuhkan itu ialah Taman Bunga Raya 2 dan Taman Seroja di Hulu Selangor, dan kebanyakan yang menyertai parti terdiri daripada golongan muda sekali gus menunjukkan bahawa pemilihan calon muda memberi impak yang besar kepada komuniti di sini.

 

Sementara itu, Pengerusi Cawangan DAP Taman Bunga Raya 2, Mohd. Halim Mohd. Nasir berkata, dia berhasrat penglibatannya dalam parti itu, dapat menjadi ‘jambatan’ kepada komuniti Melayu di tempatnya.

 

Ujarnya, sebelum ini dia sering dimomokkan keburukan DAP yang didakwa bersifat perkauman dan dilontarkan pelbagai tuduhan-tuduhan lain.

 

“Tapi semenjak saya bercampur dengan sahabat-sahabat yang terlebih dahulu menyertai parti ini, saya tahu itu semuanya fitnah dan dakwaan semata-mata.Saya harap dapat tarik lebih ramai kaum Melayu masuk parti ini dan kenali dengan lebih mendalam.

 

“Saya harap juga ahli-ahli lama dapat beri tunjuk ajar kepada ahli-ahli baru untuk lebih mudah bersama-sama dalam parti ini,” katanya.

Recommended Posts