
Saya telah mengarahkan agar semua pengangkutan awam termasuk stesen-stesen keretapi KTMB and Prasarana untuk terus beroperasi seperti biasa pada 26 Julai 2025.
Kerajaan Madani mempertahankan hak kebebasan berhimpun, termasuk mereka yang tidak sehaluan dengan Kerajaan. Kita tidak boleh kembali kepada zaman yang menindas demokrasi sehingga Parlimen pun ditutup.
Yang lebih penting, pengangkutan awam kita harus terus berfungsi agar majoriti rakyat boleh menjalankan urusan hujung minggu tanpa diganggu oleh perhimpunan pembangkang.
Bagi mereka yang akan datang ke ibu kota, jangan lupa Pas MY50 kini boleh diperbaharui secara atas talian melalui aplikasi Touch N’ Go. Setiap pas bernilai RM150, pengguna hanya bayar RM50, kerajaan subsidikan RM100.
Bagi yang datang ke ibu kota buat pertama kali, boleh menikmati perkhidmatan LRT, MRT, BRT, Monorel dan RapidBas tanpa had untuk sehari menggunakan MyCity Pass yang harganya hanya RM6. Pass ini akan kita digitalkan juga pada hujung tahun.
Saya menggalakkan para peserta perhimpunan esok untuk menggunakan pengangkutan awam supaya kesesakan lalu lintas di ibu kota dapat diminimakan!
#TerusBerkhidmat #MalaysiaMadani #Demokrasi #KementerianPengangkutan #PengangkutanAwam
Anthony Loke
Menteri Pengangkutan Malaysia
Setiausaha Agung DAP