
1. Dalam sejarah Islam, terdapat beberapa contoh bukan Muslim dilantik ke jawatan tinggi dalam pemerintahan termasuk ketenteraan.
2. Abad ke-9 dan 10 era Abbasiyah misalnya, terdapat wazir atau penasihat kanan di istana Khalifah terdiri daripada bukan Muslim termasuk orang Kristian dan Yahudi.
3. Terdapat juga konsep mamluk – pemerintahan yang diasaskan oleh golongan hamba tentera – yang akhirnya menjadi pemerintah berdaulat. Antaranya berasal dari bangsa bukan Arab seperti Daylam, Berber dan bangsa-bangsa yang pelbagai dari wilayah Balkan. Mereka yang setia dan berkebolehan dinaikkan pangkat dan diberi peluang memegang jawatan tinggi dalam pemerintahan.
4. Dalam sejarah, kekuatan ketenteraan mamluk pernah menyelamatkan pemerintahan Islam dari kemusnahan akibat serangan Mongol dalam pertempuran Ain Jalut.
5. Sejarah kerajaan Mughal di India pula, pemerintah Islam turut mengiktiraf khidmat dan peranan pegawai kanan beragama Hindu dalam posisi strategik yang diberikan termasuk penasihat ketenteraan dan pentadbiran.
6. Saya nasihatkan agar pemimpin PAS Ust Zaharuddin Muhammad tidak menjadikan perlantikan Johnny Lim sebagai modal politik murahan dengan menjaja imaginasi negatif kepada rakyat. Ia memberi gambaran salah pada Islam dan memperlihatkan kejumudan. Bahkan seakan-akan cubaan mengganggu gugat keharmonian kaum di negara kita.
7. Tindakan Ust Zaharuddin juga seolah-olah memperkecilkan peranan kuasa Yang Di-Pertuan Agong selaku ketua tertinggi dalam turus Angkatan Tentera Malaysia.
SHEIKH UMAR BAGHARIB BIN ALI
Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP
Naib Pengerusi DAP Johor