Pertahankan Kerajaan Perpaduan dengan mengundi calon nombor 1!

76878113 833b 41d3 bf89 5ec68345a5bb

Semalam kami bawa SYED HUSSIEN walkabout di Foo Man Tang food court kat Lian Seng. Selepas walkabout dan menyantuni semua, kami sambung dengan ceramah.

Dalam ceramah, saya sebutkan 4 perkara:
1. Saya harap semua pengundi DUN Mahkota tidak terkeliru. Pilihan Raya Kecil Mahkota kali ni menyaksikan PAKATAN HARAPAN dan BN telah berkerjasama. Kami bersama2 membentuk Kerajaan Perpaduan. Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

2. Mengapa PH-BN bergabung? Kerana kita mahu wujudkan kestabilan. Politik yang stabil sangat penting untuk membolehkan negara terus maju dan bergerak ke hadapan. Tanpa kestabilan, Malaysia akan goyah dan banyak perancangan tak mungkin boleh dilaksanakan.

3. Apa yang paling penting selepas ada kestabilan politik ialah, ekonomi kita dapat dipacu. Alhamdulillah, sehingga malam tadi nilai ringgit kita semakin kukuh pada kadar RM4.20 / USD. Maklumat dari Bank Negara pula, nilai pelaburan masuk ke Malaysia pada suku pertama 2024 ialah RM84 bilion.

4. Oleh itu, Kerajaan Perpaduan mesti disokong dan diperkukuhkan. Pada PRK Mahkota ini, calon Perpaduan adalah SYED HUSSIEN dari Barisan Nasional. Logo pada kertas undi ialah logo dacing. Jadi semua rakyat diharap dapat mengundi SYED HUSSIEN sebagai tanda sokongan terhadap segala usaha PM Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan demi mengukuhkan kedudukan Malaysia.

Sheikh Omar Ali
Naib Pengerusi DAP Johor

Recommended Posts