Pertama kali dalam sejarah, kesemua 15 calon pimpinan DAP Perak sapu bersih menang tanpa bertanding

458634175 1069632077860981 8701083852883914410 n

Menyahut semangat ‘Bersepadu Kita Kukuh’ dalam era gemilang Malaysia Madani, Konvensyen Biasa DAP Perak ke-20 pada hari ini menyaksikan kemenangan kesemua 15 calon buat pimpinan DAP Perak.

Pimpinan negeri itu yang diwakili Sdr Nga Kor Ming selaku Pengerusi berjaya memecah rekod dalam pemilihan penggal ini iaitu kesemua calon berjaya membawa pulang kemenangan secara 100%. Sdr Nga Kor Ming juga sempat berterima kasih dan memberi penghargaan buat calon-calon yang terdahulu telah menarik diri bagi memberi laluan kepada kesemua 15 calon. Jelas ini menunjukkan semangat kebersamaan yang patut wujud dalam setiap ahli.

Ini juga menunjukkan bahawa jawatankuasa pimpinan negeri itu diberi mandat penuh untuk mengemudi negeri tercinta oleh perwakilan yang hadir. Untuk makluman, sebanyak 331 cawangan yang menampilkan lebih 2300 perwakilan telah hadir ke konvensyen tahun ini, satu rekod tertinggi dalam sejarah.

Kehadiran yang cukup memberangsangkan dipadankan dengan ucapan-ucapan pimpinan tertinggi yang sarat dengan semangat perpaduan membuatkan Konvensyen Biasa DAP Perak kali ini dilaksanakan dengan penuh berjaya.

458768822 1069632027860986 5418858034575851327 n

458732574 1069632184527637 4812826913737478503 n

458630658 1069632251194297 5733268797713566985 n

458705353 1069632134527642 1182460343831155420 n

Recommended Posts