Peruntukan RM5.4 juta, laksana 37 projek pembangunan kampung baru di Negeri Sembilan

peruntukan 2

Dengan peruntukan sebanyak RM5.4 juta oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), 37 projek pembangunan di Kampung-Kampung Baru di Negeri Sembilan berjaya dilaksanakan 🌟🏘️🌟

Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan, Sdr J. Arul Kumar menjelaskan bahawa projek-projek ini merangkumi kerja-kerja menaiktaraf longkang, menurap jalan, gelanggang bola keranjang, dan dewan orang ramai melalui Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) yang menerima peruntukan maksimum RM200,000 👏🏻👏🏻👏🏻

Beliau juga meninjau sendiri kerja-kerja menaiktaraf Gelanggang Bola Keranjang di Pekan Mantin, yang melibatkan pelbagai peningkatan seperti penutupan ruang keliling gelanggang, pemasangan awning dan laluan untuk OKU bagi menyediakan kemudahan yang lebih selesa 🥅👨‍🦽🙌

Usaha ini antara bukti bila adanya kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, maka terhasillah pembangunan dan kemajuan yang positif buat masyarakat setempat.

peruntukan 1

Recommended Posts