PMX kotakan janji jumpa keluarga Teoh Beng Hock, mahu polis buka semula siasatan

452937087 1070287357786164 5310739940404332859 n

Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meluangkan masanya bertemu dengan ahli keluarga mendiang Teoh Beng Hock termasuk ibu bapa mendiang di pejabatnya di Putrajaya semalam.

Perdana Menteri berkata, beliau berbicara panjang bersama ibu bapa mendiang, Teng Shuw Hoi dan Teoh Leong Hwee serta anak mendiang Teoh Er Jia dan adik mendiang, Teoh Lee Lan.

“Saya mendengar segala keluhan dan beberapa permintaan daripada pihak keluarga. Saya telah lama mengikuti rapat kes ini dan memahami kesedihan serta penderitaan keluarga yang telah sekian lama memperjuangkan keadilan buat mendiang.

“Saya nyatakan pendirian kerajaan yang bersetuju untuk pihak polis membuka semula kertas siasatan terkait kematian mendiang Beng Hock,” katanya dalam hantaran di Facebook petang semalam.

Anwar turut memberikan jaminan siasatan kali ini akan dilaksanakan secara telus dan adil tanpa campur tangan mana-mana pihak, khususnya mengambil kira pandangan Mahkamah Rayuan berhubung kes ini pada 5 September 2014.

Recommended Posts