PN HARUS TERIMA HAKIKAT, MULAKAN RUNDINGAN

410336298 790494753090144 643883128297624063 n

Saya menggesa pucuk pimpinan Perikatan Nasional untuk terima hakikat bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Madani akan kekal hingga habis penggal.

Jangan ada percubaan untuk ganggu-gugat Kerajaan Madani ini dengan langkah-langkah politik.

Jadilah pembangkang yang bertanggungjawab. Letak tepi ego, letak tepi angan-angan mahu ambil alih Kerajaan, dan mulakan rundingan dengan Kerajaan mengenai peruntukan Ahli Parlimen.

Kita pernah ada ‘precedent’ sebelum ini dengan Memorandum Kesefahaman (MOU) di antara PH dan Kerajaan Datuk Seri Ismail Sabri. Kalau ikut MOU tersebut, tidak perlu nyatakan sokongan kepada Kerajaan secara jelaspun, hanya berjanji untuk tidak menyokong apa-apa tindakan menumbangkan Kerajaan.

Sama seperti Akta Lompat Parti dahulu, rundingan yang diadakan juga boleh masukkan sekali penggubalan Akta untuk menginstitusikan peruntukan Ahli Parlimen sebagai salah satu syarat, supaya perkara ini tidak lagi terletak pada budibicara Perdana Menteri di masa hadapan.

Marilah kita sama-sama memastikan negara ini berada di landasan yang betul, sebagai Kerajaan dan Pembangkang.

Syahredzan Johan
Ahli Parlimen Bangi
27 Januari 2024

Recommended Posts