PN Hiprokit Pro Max

481218502 1051735073665786 6290889646978256810 n

Amatlah hiprokrit apabila terdapatnya Ahli Parlimen PN yang menyebut tentang reformasi Dewan Rakyat khususnya permintaan untuk menjadikan wakil rakyat pembangkang sebagai Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat.

Sebagai bekas Setiausaha Sulit Timbalan Speaker, saya masih ingat betapa rakus dan tergesa-gesa kerajaan PN untuk membuangkan Tan Sri Ariff dan YB Nga Kor Ming sebagai Speaker & Timbalan Speaker ketika negara dilanda Covid-19.

Kerajaan PN boleh “membekukan” parlimen dengan alasan darurat, namun boleh sahaja diadakan sesi untuk membuang Speaker & Timbalan Speaker selepas merampas kuasa melalui Langkah Sheraton.

Memang muka tak malu bila sebut tentang “reform” Dewan Rakyat apabila parti sendiri membinasakan demokrasi Dewan Rakyat seketika dahulu dan sekarang pula melaungkan slogan untuk mereformasikan Dewan Rakyat?

481956140 1057196846452942 6186395681674784621 n

Kalau nak reform, kenapa tak mengundi untuk pindaan perlembagaan semalam?

57 yang hadir & MP PN lain yang tak hadir tak nak reformasikan parlimen?

Kerajaan Madani tidak sempurna dan ada banyak ruang lagi untuk penambahbaikan, tapi tentunya lebih baik daripada puak PN yang hipokrit dalam bab reformasi institusi.

Ketua DAPSY Malaysia
Woo Kah Leong

Recommended Posts