Politik cacing dalam tanah dan ‘neraka’ Melayu

 

“MAMPUS! Masuk neraka la…”fikir saya dalam kepala bila kawan yang itu bagitau yang kawan yang ini cadangkan supaya saya menulis di sini, akhbar RoketKini.

Tak pernah buat dek orang! Menulis surat khabar kafir sama macam jadi kafir. Makan babi.  Masuk neraka.

Itu belum kira kalau Mok saya tahu lagi. Tak mengaku anak agaknya dia akan saya ini.

pix-lks-pak-samad

Tengok bila Pak Samad Said masuk DAP, kecoh satu Malaya macam dia tukar agama. Macam Pak Samad isi borang minta berhenti dari jadi bangsa suci Melayu. Macam Kahar yang mengaku nabi dulu.

Semua yang menentang seperti waktu itu juga dilucutnya segala hak istimewa Pak Samad  sebagai orang Islam. Sebagai orang Melayu. Sebagai rakyat Malaya dan tentu sekali yang melaungkan betapa anugerah Sasterawan Negara yang disandangnya perlu segera ditarik balik.

Mengaku maju tetapi mentaliti seperti cacing dalam tanah yang tahu betapa besarnya alam setelah ditarik menjadi umpan. Sedar bila sudah nak mati. Alah, macam orang pencen yang baru nak kenal agama. Pagi pertama pencen naik motosikal ke masjid dilanggar kereta lalu mati.

Tidak sia-sia cuma untungnya tidak banyak.

melayu pegang dapMengapa DAP dibenci (kaum Melayu)? Hingga di dalam khutbah hari raya korban baru-baru ini pun dikhabarkan betapa patutnya dijauhi akan partai politik yang satu ini.

Siapa yang berkepentingan sehingga tidak lagi ada hormat dalam politik kepartaian (kepartian)?

Mengapa harus ada permusuhan yang jahat dalam mencapai impian menang pilihan raya. Apakah kerana mahukan ‘kebaikan-kebaikan’ yang datang bersama kemenangan, maka tujuan utama bertanding dilupakan?

Kesilapan kita bila berpartai adalah menganggap partai lawan adalah musuh atau digambarkan sebagai musuh yang wajip diperangi. Ini cuma politik. Siapa sahaja yang berjanji dan tunaikan, maka layaklah dia dijadikan wakil.

Jika kamu bertanding dan berjanji lalu menang dan tidak menunaikan janji atau setidak-tidaknya nampak berusaha untuk menunaikan janji maka kamu adalah jahat di mata saya.

Politikus dari mana partai pun harus faham yang kesejahteraan negara dan rakyatnya adalah matlamat dalam perjuangan (politik). Bukan setelah menang, maka kamu pun sibuk membalas budi pengundi kamu sahaja. Balaci kamu sahaja.

pilihe5a619de44c06a69f982b79db9089d51_XL

Generasi muda, generasi baru hari ini sudah muak dengan politik kepartaian yang sibuk berkempen untuk menang pilihan raya sejurus setelah menang pilihan raya. Generasi hari ini tidak nampak apa pentingnya menyokong politikus membabi-buta.

Zaman ‘tiang lampu dipakaikan tali leher dan dijadikan calon pun menang’ telah lama berakhir.

Malangnya, politikus sendiri tidak sedar akan hal ini. Mereka lena mengumpul ghanimah kemenangan sementara menanti perang yang akan datang tanpa berbuat sesuatu apa pun kepada ‘tentera-tentera’ yang cedera akibat dari peperangan tersebut.

Kita tidak lagi mahu diperbodohkan setelah tinggal dalam dungu yang lepas.

Ok. Rasanya kalau Mok saya baca tulisan ni sejuk sikit hati dia. Tak adalah dia tak mengaku saya anak beliau agaknya. Gila apa mak tak mengaku anak, tak kira PAS ke DAP ke, masuk neraka wooo!!

Recommended Posts