Prestasi cemerlang DAP undang pujian netizen

Tewas di hanya satu kerusi, prestasi DAP dalam pilihan raya negeri Sabtu lalu mengundang pujian warganet.

Bertanding di 47 kerusi, DAP cuma tewas di kerusi Derga, di Kedah. Ia memenangi kesemua kerusi yang ditandingi di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

Perkongsian mantan calon Pakatan Harapan di Putrajaya, Dr Noraishah Mydin di laman Twitter menerima pelbagai reaksi.

Unofficial Results by DAP for PRN 2023: DAP won all 15 seats in Selangor All 11 seats in NS All 19 seats in Penang 1 out of 2 seats in Kedah Won 46 seats out of 47 seats 98% win.

“This is going to be one of my favourite hashtags from tonight onwards #AlhamdulillahAdaDAP #HARAPAN,” tulisnya.

Akaun @patricklsk, memetik ciapan terbabit berkata, “Sekarang baru anda tahu kenapa mereka hanya menyerang DAP.”

Manakala peguam Nimalan Devaraja mengulas di akaunnya @Nimalan21, “Anda tidak mendapatkan keputusan begini dengan bergantung kepada undi bukan-Melayu sahaja.

“Anda menghasilkan keputusan begini dengan (berbekalkan) wakil rakyat yang bekerja, daripada sebuah parti yang bekerja.”

Tidak kurang juga warganet yang menunjukkan minat untuk menyertai DAP setelah menyaksikan sendiri prestasi serta hasil usaha parti terbabit.

Seorang pengguna Twitter, @kozaisedso dengan cergas memetik ciapan Dr Noraishah sambil bertanya, “That’s it, mana borang pendaftaran ahli!”

Bagi Adlin yang menciap di akaun @delineffendy, DAP adalah parti masa depan.

“The future is DAP,” tulisnya, ringkas.

f3wa26kayaadsgu

Hasil kerjasama

Bercakap kepada pemberita dalam sidang media Semarak Kita Selangor di Klang, Pengerusi DAP Selangor Gobind Singh Deo menyifatkan prestasi cemerlang DAP itu adalah hasil usaha semua pihak dan parti-parti Kerajaan Perpaduan.

“Kemenangan DAP adalah hasil kerjasama semua parti Kerajaan Perpaduan. 

“We contested 15 and won 15!” ujarnya.

Gabungan PH-BN berjaya mempertahankan Selangor dengan majoriti yang selesa, meski tidak melepas had dua-pertiga.

PH-BN masing-masing berjaya memenangi 32 kerusi dan 2 kerusi, daripada 56 kerusi yang dipertandingkan.

Di Pulau Pinang pula, Ketua Menteri Chow Kon Yeow mengangkat sumpah jawatan semalam, setelah PH-BN menang bergaya dengan majoriti dua pertiga, walaupun diasak hebat oleh Perikatan Nasional.

Pilihan raya di enam negeri – Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu berlangsung pada Sabtu dengan peratus keluar mengundi 72%.

Pertembungan Kerajaan Perpaduan dan Perikatan Nasional berkesudahan seri 3-3, di tengah spekulasi yang mendakwa ada kemungkinan Selangor pun akan turut tumbang kepada PN.

Recommended Posts