PRK Mahkota: Isu peratusan jumlah keluar mengundi

461562308 1078125740336196 6080283656079850773 n

Timbul polemik dalam kalangan pengulas politik tentang peratusan jumlah keluar mengundi bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Negeri Mahkota baru-baru ini. Kebanyakan ulasan itu menumpukan kepada etnik pengundi.

Oleh kerana hanya beberapa pusat daerah mengundi (PDM) mempunyai jumlah besar pengundi yang terdiri daripada satu kaum, kesemua pengulas politik hanya mampu membuat andaian berasaskan anggaran jumlah sahaja.

Institut Darul Ehsan (IDE) dalam satu kenyataan pada 29 September 2024 yang mengambil kira jumlah keluar mengundi di semua PDM, telah menganggarkannya mengikut kaum, seperti berikut:

capture

Anggaran IDE berhubung jumlah keluar mengundi mengikut kaum ini adalah hampir sama dengan angka bagi pilihan raya negeri Johor pada Mac 2022.
Jika kita mengambil contoh pusat mengundi Kampong Melayu 1 yang mempunyai 95.74% pengundi Melayu, peratusan keluar mengundi bagi kesemua lima saluran mengundi adalah seperti berikut:

capture2

capture3

Bagi PDM Bandar Tengah pula yang mempunyai 81% pengundi Cina, peratusan keluar mengundi adalah seperti berikut:

capture4

Bagi PDM Bandar Tengah ini, peratusan undi yang dimenangi calon Barisan Nasional, Sdr Syed Hussien Syed Abdullah bagi setiap saluran mengundi adalah seperti berikut:

capture5

Jika kita melihat kesemua saluran mengundi tanpa mengira kaum, satu atau dua saluran pengundi muda memang tidak ramai keluar mengundi. Kebanyakan pengundi muda Kluang bekerja di luar daerah, terutamanya di Singapura dan Kuala Lumpur.

Di samping itu, saya sendiri telah menemui beberapa pengundi muda yang tidak tahu mereka berhak mengundi. Ramai antara mereka yang masih tidak menyedari tentang pendaftaran secara automatik pengundi apabila mencapai usia 18 tahun.

Gerak kerja kempen Pakatan Harapan yang dipimpin oleh Ahli Parlimen Kluang Sdri Wong Shu Qi, awal-awal lagi sudah sedar tentang kemungkinan kurangnya peratusan keluar mengundi.

Anggaran awal adalah pengundi Cina tidak akan keluar mengundi atas beberapa faktor, termasuk marah dan kecewa dengan perbalahan di antara Ketua Pemuda UMNO Dr Akmal Saleh dan Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok.

Namun, pihak kami tetap yakin bahawa kempen yang menyeluruh akan dapat memujuk pengundi Cina yang disasarkan mencapai 50%, walaupun ada yang menaruh harapan ia dapat mencapai 55%, satu harapan yang sukar menjadi kenyataan.

Sepanjang kempen, kami berjaya meyakinkan ramai pengundi bahawa satu undi untuk Syed Hussien adalah satu undi untuk kepimpinan Menteri Besar Johor Dato’ Onn Hafiz Ghazi dan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Yang paling penting, Syed Hussien telah menang kesemua 121 saluran mengundi di 18 PDM bagi DUN PRK Mahkota.

Lapan PDM, iaitu Kg Tengah, Taman Lian Seng, Hj Manan, Bandar Tengah, Taman Ilham, Taman Kerjasama, Taman Suria, dan Indah Jaya, yang dimenangi dengan cemerlang oleh Pakatan Harapan pada PRN Johor 2022 telah berjaya diulangi kejayaannya oleh Barisan Nasional pada Sabtu lalu.

Justeru, untuk mengatakan bahawa hanya 35% pengundi Cina keluar mengundi adalah tidak tepat, atas sebab-sebab yang dinyatakan di atas. Kadar peratusan keluar mengundi kali ini masih berada di tahap yang memuaskan.

Malah, para pengundi Cina ini yang kebanyakannya merupakan penyokong Pakatan Harapan telah memberi sokongan padu kepada Barisan Nasional dalam PRK Mahkota.

Liew Chin Tong
Pengerusi DAP Johor

Recommended Posts