PRK Mahkota: Penanda Aras PRU Ke-16

460956660 1073963624085741 5399929684090575505 n

Pada pilihan raya umum 2022, ketiga-tiga gabungan – Pakatan Harapan, Barisan Nasional, dan Perikatan Nasional – gagal mendapat majoriti mutlak untuk membentuk kerajaan.

Atas titah nasihat Yang di-Pertuan Agong, Pakatan Harapan dan Barisan Nasional bersetuju untuk bekerjasama bagi menubuhkan Kerajaan Perpaduan.

Setelah lebih 22 bulan, Kerajaan Perpaduan kekal teguh dan berjaya memerintah dengan baik. Kerajaan Perpaduan mentadbir bersama, menang dan kalah pilihan raya bersama, dan kita mahu bersama-sama membina negara demi generasi akan datang.

Bagi mengekalkan kestabilan negara serta mencapai lonjakan ekonomi kedua Malaysia, di samping menjamin masa depan tanah air tercinta, Kerajaan Perpaduan perlu bertanding bersama pada PRU16. Malah, usaha perlu dimulakan awal bagi membolehkan pertandingan satu lawan satu di semua kerusi pada PRU16.

460728945 1073963747419062 432641964299263086 n

Johor merupakan medan pilihan raya yang penting. Ia mempunyai 26 kerusi Parlimen, menjadikannya negeri di Semenanjung yang paling banyak kerusi.

Gabungan PH dan BN di Johor menguasai 24 daripada 26 kerusi ini. Ini merupakan asas kekuatan kuasa politik Persekutuan.

461034142 1073963670752403 742689764033957294 n

Ini juga menjadikan PRK Mahkota amat penting sebagai pembuka jalan menghadapi PRU16. Bagi meletakkan penanda aras ini, kita perlu memastikan PH dan BN dapat mengekalkan kerjasama untuk terus sama-sama memenangi pilihan raya dan mentadbir bersama. Kerjasama demi perpaduan adalah kunci kejayaan kita.

Liew Chin Tong
Pengerusi DAP Johor

Recommended Posts