PRK Mahkota: Undi anda untuk tiga watak utama

460470282 1070501587765278 2219731482513349340 n

Johor kini menjadi medan bagi menentukan masa depan daerah Kluang, negeri Johor dan negara kita Malaysia. Tiga watak utama menjadi penentu dalam pilihan raya kecil Dewan Negeri Mahkota.

Watak pertama yang penting dalam PRK ini adalah Syed Hussien Syed Abdullah. Sebagai calon Perpaduan, anak jati Kluang ini bercita-cita untuk membangunkan Kluang apabila dipilih sebagai Ahli Dewan Negeri Mahkota.

Undi anda kepada Syed Hussien adalah undi untuk seorang wakil rakyat yang cekap dan bertanggungjawab serta memahami isu-isu tempatan.

Watak kedua yang penting dalam PRK ini adalah Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi. Beliau bukan sekadar berimpian untuk membangunkan ekonomi Johor tetapi benar-benar melaksanakannya. Gigih usahanya bagi memastikan kejayaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura.

Sokongan kita kepada kepimpinan beliau amat penting bagi membolehkan Johor mencapai kejayaan lonjakan ekonomi kedua.

Undi anda kepada Syed Hussien adalah undi untuk agenda reformasi ekonomi Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Watak ketiga yang penting dalam PRK ini adalah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau merupakan pemimpin Kerajaan Perpaduan yang berjiwa reformasi.

Undi anda kepada Syed Hussien adalah undi untuk Datuk Seri Anwar meneruskan usahanya membina semula serta memulihkan kembali ekonomi Malaysia demi rakyat dan negara. Bagi mencapai matlamat ini, kita perlu menyokong Kerajaan Perpaduan yang sentiasa diserang oleh pembangkang yang mahu menjatuhkan sebuah kerajaan pro-rakyat.

Pada 28 September ini, undi yang anda berikan kepada calon Perpaduan, Syed Hussien Syed Abdullah, adalah undi untuk Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memastikan Kluang, Johor dan Malaysia yang kita cintai kekal stabil, semakin sejahtera dan bertambah makmur.

#MahkotaKita #Perpaduan

Liew Chin Tong
Pengerusi DAP Johor

Recommended Posts